Pages

Friday, June 29, 2012

Dalam PKR Pemimpin Terlibat Skandal Seks Dijamin Selamat....



SEJAK isu membabitkan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Faekah Husin berkenaan penghantaran surat sokongan bagi membantu saudaranya mendapatkan projek dalam sebuah  syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC), ramai pihak di dalam pakatan pembangkang sendiri yang mendesak agar tindakan segera diambil termasuklah memecat Faekah.
Namun apa yang menyedihkan, penyokong pakatan pembangkang memperbesarkan isu Faekah tetapi tidak pula melakukan desakan agar tindakan tegas diambil terhadap BadrulAmin dan Azmin Ali berikutan isu kelakuan seks mereka.
Menurut Mursyidul Am Kumpulan Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (Tibai) Zahid Md Arip (gambar bawah), kegagalan PKR mengambil tindakan terhadap kedua-dua individu ini sebenarnya adalah satu isyarat yang amat jelas kepada rakyat bahawa mereka sememangnya menyokong perlakuan seks bebas.
“Rakyat perlu faham isyarat yang dihantar oleh PKR. Setiap individu di dalam pakatan pembangkang yang terlibat dalam skandal seks termasuklah Badrulamin, Azmin Ali, Mat Sabu dan Anwar Ibrahim sendiri sedikitpun tidak dikenakan siasatan apatahlagi tindakan.
“Bagaimana mereka ingin mengambil tindakan sedangkan ‘kepala’ mereka sendiri dikaitkan dengan skandal seks. Anwar tidak mungkin sama sekali mengambil tindakan terhadap mereka di dalam PKR yang terbabit masalah seks kerana sudah pasti ianya akan terpalit ke mukanya sendiri. Sebab itu itu dia tidak ada keberanian dan kekuatan untuk buka mulut,” ujarnya kepada UMNO-Online.
Tambah Zahid, PKR yang bermaksud Parti Keadilan Rakyat sebenarnya juga sudah tidak relevan untuk menggunakan perkataan ‘keadilan’ kerana mereka tidak sama sekali pernah berlaku adil dalam sebarang tindakan mereka terutamanya terhadap mereka yang ‘sekapal’ dengan Anwar.
“Oleh itu rakyat perlu faham dan teliti mengenai sikap pakatan pembangkang. Mereka hanya mengambil tindakan terhadap orang yang tidak menyokong mereka seperti contoh Datuk Hassan Ali. Tetapi sekiranya orang itu adalah penyokong tegar Anwar ataupun terlibat dengan skandal seks, tidak mungkin akan ada sebarang tindakan tegas diambil.
“Ini berlainan sama sekali dengan Barisan Nasional (BN) yang tidak pernah memilih bulu. Sesiapa sahaja yang salah akan diambil tindakan tegas. Di antara mereka yang pernah dikenakan tindakan adalah Chua Soi Lek, Datuk Seri Khir Toyo, Datuk Abu Hassan Omar dan Datuk Harus Idris.
“Adakah rakyat masih mahu terus memberi sokongan dan kepercayaan kepada pakatan pembangkang dengan sikap mereka yang sebegini… Oleh itu saya amat berharap agar rakyat buka mata dan fahami siapakah pakatan pembangkan sebenarnya. Fikirlah semasak-masakanya…” tambahnya lagi. 
IBM sokong sangat apa yang dikatakan oleh Mursyidul Am TIBAI tu. Sudah tiba masanya rakyat buka mata dan telinga dan dapat mendalami apa yang pembangkang boleh beri pada rakyat dan siapa mereka sebenarnya. Adakah pembangkang ini boleh menambah baik ekonomi negara dan memelihara hak-hak rakyat? Sekali lagi IBM setuju dengan kata-kata Zahid agar sama-sama kita memikirkan dengan semasak-masaknya sebelum menyokong pembangkang. Sekian dari saya ~ IBM
Sumber berita dipetik dari : UMNOLINE.COM ~ Terima kasih
DAN...TERIMA KASIH JUGA KERANA SUDI MEMBACA

No comments:

Post a Comment