Pages

Wednesday, June 20, 2012

Debat Sinar Harian : SALAHuddin Salah, Kata Saifuddin...


SESIAPA yang menonton DEBAT  yang di anjurkan oleh akhbar sinar Harian di antara Dato' Saifuddin Abdullah dan Salahuddin Ayub yang disiar secara langsung oleh Astro Awani saloran 501, mungkin dapat menilai sendiri akan perwatakan dan pengalaman seseorang itu berdebat dan cara fahaman politik mereka. Jelas semalam, Dato' Saifuddin yang mewakali kerajaan Barisan Nasional (BN) berdebat dengan tenang dan gayanya yang tersendiri, dapat menepis segala hujah-hujah dari pendebat pembangkang, YB Salahuddin Ayub yang mewakali Pas.

Beberapa kali Dato' Saifuddin menyatakan di dalam hujah baliknya terhadap Salahuddin, bahawa Salahuddin banyak buat salah pada malam ini. Hujahnya, banyak lari dari tajuk asal debat tersebut Yang bertemakan "DEMONSTRASI JALANAN : MERUNTUH ATAU MENGUKUH DEMOKRASI". Antaranya, Salahuddin menyamakan sambutan 'Taipusam' yang mana penghanut-penghanut agama hindu berarak itu sebagai demonstrasi jalanan'. Aduhi....kelakarnya, dan betapa bodoh dan ceteknya pemikiran pemimpin Pas ini. 

Begitu juga dengan perarakan sambutan "Maulidul Rasul", pun Salahuddin samakan dengan demonstrasi jalanan. Kata orang Pas pandai dengan hukum agama, tapi, sampai ke situ pulak hujah si banggang ni. Memang, apabila kita kaji dengan teliti, debat semalam menampakkan tidak kematangan dari pihak pembangkang. Segala hujahnya, di ulang-ulang termasuklah menyindir pasukan Polis yang mengunakan 'gas pemedih mata' untuk menyuraikan para demonstrator. Kerana kata Salahuddin, di negara luar, apabila mereka mengadakan demonstarsi jalanan cara aman, pihak kerajaan mereka tidak mengunakan 'gas pemedih mata', dan kerajaan mereka tidak jatuh, malah semangkin kuat, katanya.

Oleh kerana kebodohan Salahuddin yang lari dari tajuk asal debat tersebut, Dato' Saifuddin sambil tersenyum menyatakan bahawa YB SALAHuddin banyak buat salah pada malam itu. Dan sekali lagi beliau menegaskan bahawa demonstasi jalanan adalah tidak wajar di adakan di negara kita yang dulu sampai sekarang mengamalkan 'demokrasi', cuma kerajaan akan menambah baik supaya demokrasi yang kita amalkan ini dapat menafaatkan rakyat.

Kesimpulannya, IBM menganggapkan Dato' Saifuddin telah dapat menambat hati para penyokong-penyokong kerajaan dan juga para pemerhati politik tanah air dengan hujah-hujahnya yang begitu bernas dan ketenangan beliau menjawab 6 soalan yang di ajukan oleh oleh Moderator Debat Sinar, Prof Datuk Mohammad Abu Bakar. Debat tersebut berlangsung hampir 90 minit, para penoton yang hadir begitu asyik mendengar debat yang IBM rasa berat sebelah yang mana berpihak kepada Dato' Saifuddin Abdullah.

Walaupun semasa menggulung debat malam tadi, Prof Datuk Abu Bakar, beliau menyifatkan kedua-dua pendebat tersebut, Datuk Saifuddin Abdullah dan Salahuddin Ayub sebagai 'winneable candidate' atau calon yang bakal menang, tapi, jauh di lubuk hati beliau, pemenang debat pada malam tadi adalah Dato' Saifuddin Abdullah. Syabas Dato'!!.

Sekian dari saya yang benar ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

No comments:

Post a Comment