Pages

Thursday, June 21, 2012

Isu Menjatuhkan Faekah. Azmin Nafi Terlibat!!

WALAUPUN ada  beberapa sudut yang boleh diambil kira ada kaitan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang kononnya menjadi 'dalang' berkempen untuk menjatuhkan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin, tapi...dinafikan oleh Azmin. Samalah juga diibaratkan 'berak ditengah jalan' siapa nak mengaku, betul tak?

Banyak juga maklumat  yang IBM dapat. Ada yang mengatakan memang Azmin Ali dalangnya. Walaupun IBM bukan ahli PKR, bukan hasrat IBM nak menyebuk, tapi dari segi dunia politik, IBM pun berhak untuk tahu. Ini jelas, PKR memang menghadapi 'krisis dalaman' yang paling-paling serius. Dan ada juga desus-desas yang mengatakan, tak akan Azmin mengaku dia terlibat, kerana sedangkan kes dia dan ibunya pun dia tidak mengaku dia 'anak derhaka'. Sedangkan ibunya telah membuat kenyataan terbuka di media cetak dan elektronik bahawa Azmin telah mengabaikan ibu dan keluarganya.


Sementara itu, Azmin yang dipetik portal berita Free Malaysia Today sebaliknya berkata, tidak mengenali pihak yang terlibat dalam gerakan tersebut dan tidak bersetuju serangan terbuka dibuat ke atas Faekah. Beliau menyarankan agar mana-mana individu atau pihak terlibat segera berhenti menyebarkan kempen mahupun gerakan memburuk-burukkan ahli parti. Dan, beliau tidak mahu ada pihak ketiga yang cuba mengambil kesempatan. Azmin berjanji akan  beri jaminan kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (Menteri Besar Selangor) bahawa PKR negeri akan terus menyokong kepimpinan beliau dan bekerjasama untuk menjamin kemenangan dalam pilihan raya umum akan datang. Ye ke tu Azmin?

Menurut Azmin lagi, konflik itu adalah perkara biasa dalam mana-mana parti politik. Namun, beliau tidak bersetuju dengan serangan terbuka kerana dalam parti ada proses untuk sampaikan aduan tersebut, katanya. Bijak, memang bijak si Azmin ni menyusun ayat-ayat bagi melalaikan bosnya (Khalid gagap), kononnya tiada apa-apa yang berlaku. Apapun kita lihat dan tunggu kesudahan episod drama ini. IBM rasa, PKR sudah hampir kepenghujungnya dan akan hancur dek kerana kerakusan, ego, dendam, kepentingan peribadi dan parti yang di kategorikan parti 'rojak' oleh pemimpin-pemimpin mereka yang ingin sangat menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Kita tengok nanti siapa yang tumbang. Tungguuuuu.!! Sekian dari saya ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

2 comments:

  1. Si Tanggang moden sekor ni mana pernah mengaku apa yang dia lakukan..sedangkan orang tau siapa sebenarnya dia..sebab nak kaya bini pun sanggup disedekahkan..

    ReplyDelete
  2. Salam Anak Lenggong,

    Memang itulah perangai pemimpin2 PKR ni. Sanggup buat apa saja asalkan mendapat kekayaan. Mereka terlalu mengejar kemewahan duniawi. Begitu jugalah Azmi si Tanggang moden. Dia tak akan mengaku apa yg di buat. Gadai maruah diri, gadai bini demi kekayaan...masyallah!!...

    ReplyDelete