Pages

Wednesday, June 6, 2012

Kalau McCain Kata Najib 'Reformis' Hebat, Anwar Pula Apa Ye??

IMBAS KEMBALI. Najib berbual mesra dengan McCain (kiri) dan Lieberman yang mengadakan lawatan rasmi ke negara ini di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya baru-baru ini.

Senator Amerika Syarikat, John McCain berkata, beliau mengadakan perjumpaan “yang mengesankan” dengan Datuk Seri Najib Tun Razak apabila melawat Malaysia minggu lepas dan menyifatkan Perdana Menteri sebagai seorang “reformis yang hebat”. Itu kata Senator dari Amerika Syarikat, bukan rekaan, bukan dongeng. Harap pembangkang jangan merah mata dan jelous. Terutamanya Ketua Pembangkang. Nak tahu sapa...ahhh..tak payah sebut le, semua orang tahu. Beliau mengadakan mesyuarat dengan Perdana Menteri Najib di Malaysia kerana  beranggpan Najib adalah seorang reformis hebat yang meningkatkan hubungan Amerika-Malaysia, tulis McCain dalam mesej Twitternya.


Dari jauh beliau datang bagi mewakali negaranya Amerika Syarikat yang selama ini dikatakan banyak berpihak kepada Ketua Pembangkang. Ini jelas, Presiden Amerika sekarang, Mr Obama mengiktiraf pucuk kepimpinan Perdana Menteri kita DS Najib Tun Abd Razak. Senator McCain dan Senator Joseph Lieberman melawat Malaysia pada 30 Mei atas jemputan Majlis Perniagaan Malaysia bagi menghadiri Persidangan Invest Malaysia 2012 yang dilancarkan Najib.
Semasa di sini, beliau mengadakan kunjungan hormat ke atas Najib dan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman selain berjumpa dengan pemimpin masyarakat perniagaan dan awam. Rupa-rupanya wakil parti-parti pembangkang juga dijemput bagi membincangkan pelbagai isu. Datang juga depa ye. Ingat tak sudi, maklumlah kerana terlalu bencikan kerajaan yang ada sekarang. 
Ini bermakna, setiap perbincangan dan peluang perniagaan yang telah dibincangkan bersama Senator McCain, sedikit sebanyak mendatangkan manafaat kepada wakil-wakil pembangkang. Jadi, janganlah jadi 'hipokrit' dan mencanangkan ke serata dunia bahawa Malaysia sebuah negara yang tak selamat untuk berniaga dan banyak lagi tomahan dan fitnah yang dilakukan oleh pembangkang.
Oleh itu, kesimpulannya, kepada pembangkang, khususnya kepada ketuanya, cukuplah setakat ini, janganlah nak mengeruhkan keadaan, kerana seluruh dunia pun dah tahu siapa ketua Pembangkang ni sebenarnya. Seorang yang tidak bermoral, penuh dengan tipu helah dan gila kuasa. Apapun tahniah kepada Perdana Menteri kita, teruskan 'transformasi' tersebut, demi untuk kesejahteraan rakyat semua. Kini, sokongan rakyat kepada kerajaan Barisana Nasional (BN) telah bertambah, dan populoriti DS Najib melonjak naik. Syabas. Ikhlas dari saya ~ IBM
TERIMA KASIH KERNA SUDI MEMBACA 

2 comments:

  1. bukankah orang-orang ini proksi yahudi... dah jelas dan nyata...

    ReplyDelete
  2. Salam atie,

    Betul tu. Tapi..mereka sudah mula sedar akan kesilapan mereka yg selama ini di beri input yg negetif oleh si Al-Juburi. Skrg baru mereka tahu siapa Anwar sebenarnya.

    Maka kini, mereka mengiktiraf DS Najib kerana 'transformasi' nya berkesan utk rakyat dan negara.

    ReplyDelete