Pages

Sunday, June 17, 2012

Khalid Samad @ Khalid Gereja Yang Sentiasa Tidak Sedar Diri....





Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam meminta agar UMNO dan Barisan Nasional menerima kekalahan pada PRU13 sekiranya rakyat ingin membuat perubahan dengan memastikan peralihan kuasa berlaku secara aman. Alasannya ialah, kebelakangan ini ramai pemimpin UMNO-BN yang memberikan reaksi bahawa pilihanraya umum kali ini akan berlangsung dengan sengit.
Sama ada adik kepada bekas Menteri KPDNKK, Shahril Samad itu seorang yang bodoh, atau terlalu yakin mahupun sudah dapat meramal kekalahan yang akan menimpa dirinya serta Pakatan Rakyat di Selangor, sehingga mendorong dia mengeluarkan kenyataan sebegitu rupa, sebenarnya menggambarkan ketakutannya yang sangat luar biasa.
Kemenangannya di Parlimen Shah Alam pada tahun 2008 merupakan sesuatu yang tidak diduga sama sekali. Bahkan kemenangan Pakatan Rakyat menguasai Selangor pada PRU ke-12 itu juga, mungkin langsung tidak terlintas di fikirannya.
Peralihan kuasa daripada UMNO-BN kepada Pakatan Rakyat yang sebenarnya merupakan sebuah entiti haram, tidak berdaftar serta sebenarnya tidak wujud pun, telah dibuat secara aman tanpa sebarang pertumpahan darah. Sebaliknya yang berlaku ialah, pengaktifan gelagat-gelagat serta tindakan-tindakan subversif oleh Pakatan Rakyat selain keterujaan mereka kerana telah berjaya menjadi kerajaan di Selangor, seringkali menjadikan UMNO sebagai bahan untuk memulakan pertumpahan darah.
Perhatikan sahajalah bagaimanan Khalid Samad sendiri yang terlibat secara langsung dalam kemelut kuil Hindu di Seksyen 23 Shah Alam, dengan sengaja mencabar ahli-ahli UMNO dan orang Melayu di kawasan berkenaan untuk bertindak sehingga mewujudkan kontroversi KEPALA LEMBU. Apa yang dilakukan oleh Khalid Samad selepas itu ialah menghasut penganut agama Hindu agar menyerang dan menimbulkan pertumpahan darah dengan orang Melayu dengan alasan, kontroversi tersebut telah dimulakan oleh UMNO.
Begitu juga dengan kontroversi kalimah ALLAH. Sekali lagi Khalid Samad cuba menimbulkan kemarahan ahli-ahli UMNO dan orang Melayu secara keseluruhannya agar bertembung dan kemudian bergaduh dengan penganut-penganut agama Kristian apabila di dalam sebuah gereja, dia mengatakan kalimah ALLAH dikongsi oleh semua agama.
Apakah sekarang ini, nyawa Khalid Samad terancam kerana Pakatan Rakyat sedang menjadi kerajaan di negeri Selangor? Adakah Khalid Samad dan rakyat Selangor terpaksa berkurung kerana ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin UMNO tidak berpuas hati kerana kehilangan Selangor sehingga menimbulkan rusuhan dan perang saudara?
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Khalid Samad itu sebenarnya langsung tidak berasas. Sebaliknya yang kelihatan cenderung untuk melakukan kejahatan, keganasan dan huru-hara adalah para pengikut Pakatan Rakyat, bahkan Khalid Samad sendiri.
Tentunya kita masih ingat peristiwa bagaimana pengikut Pakatan Rakyat terlentang di atas jalan untuk cuba menghalang kenderaan DYMM Raja Muda Perak selepas Perak jatuh semula ke tangan Barisan Nasional selepas tiga orang ADUN Pakatan melompat parti?
Tentunya kita masih ingat juga bagaimana DYMM Sultan Selangor diserang oleh penyokong-penyokong Pakatan Rakyat selepas ADUN Seri Muda, Shuhaimi Shafie bersikap biadap terhadap baginda. Begitu juga dengan sikap biadap Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim yang menganggap perbuatan mendahului bidang kuasa sultan adalah PERKARA BIASA.
Meletakkan kesalahan kepada UMNO adalah perkara rutin dan satu kewajipan kepada mana-mana ahli dan pemimpin Pakatan Rakyat. Menariknya, setiap kali mereka menyalahkan UMNO, ianya berlaku selepas mereka melakukan onar dan perbuatan jahat.
Itu sebenarnya Khalid Samad. Selepas begitu banyak dosanya kepada rakyat Selangor, khasnya dan rakyat Malaysia amnya, dia cuba menggambarkan yang UMNO akan melakukan keganasan sedangkan selama empat tahun, yang paling banyak melakukan onar dan kejahatan di Selangor adalah Pakatan Rakyat sendiri, dengan Khalid Samad sendiri adalah salah seorang pencetusnya yang mempunyai peranan terbesar.
Biarpun menyatakan, Pakatan Rakyat sedia menerima kekalahan, tetapi perkembangan mutahir menunjukkan Pakatan Rakyat sanggup melakukkan apa-apa sahaja untuk kekal berkuasa, termasuklah mendapatkan bantuan pihak luar, terutama sekali dari segi kewangan dan khidmat nasihat!.
Ini menunjukkan Pakatan Rakyat adalah Pakatan Reput yang perlu di tolak oleh rakyat pada PRU ke-13 nanti, terutamanya negeri Selangor dan negeri-negeri yang sewaktu dengannya. Kita humban si Khalid gereja ini, kita humban Pakatan Rakyat nyah dari negeri Selangor. Maka amanlah negara ini tanpa gelagat kuncu-kuncu Parti Reput yang banyak menyusahkan rakyat jelatan dan kerajaan. Sekian dari saya ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA DAN TERIMA KASIH JUGA PADA SELANGOR DAILY.COM.

1 comment: