Pages

Wednesday, June 27, 2012

Malaysia Memang Selamat, Hanya Anwar Dan Penyangak PR Saja Yang Dengki...


SELAMAT...Malaysia memang negara selamat. Cuma manusia yang bernama Anwar dan kuncu-kuncunya sahaja yang mengatakan Malaysia negara tak selamat. Demi kerana mengamalkan 'politik kotor' mereka, Anwar dan kuncu-kuncunya cuba memburuk-burukkan nama Malaysia di kaca mata dunia. Maklumlah nak jadi Perdana Menteri dan nak tawan Putrajaya. Tapi....ianya sia-sia. Tak berhasil pun.

Akhirnya terbukti kerana Malaysia diiktiraf oleh badan antarabangsa World Justice Project sebagai negara paling selamat dalam kalangan 19 negara berpendapatan sederhana tinggi dan ke-12 paling selamat di dunia mengatasi Amerika Syarikat dan Britain. Bayangkan negara yang termaju dan kaya seperti Amerika dan Britain pun kalah di tangan Malaysia. Anwar tentu benggang habis ni.

Berita yang mengembirakan dan membanggakan  ini adalah keraana kejayaan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) mengurangkan Jenayah. Begitulah mengikut laporan dari Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Abdul Rahim Mohd Radzi (gambar), semalam. Katanya lagi, Global Peace Indek pula menempatkan negara Malaysia di tempat pertama selamat dan aman di Asia Tenggara serta keempat di kawasan Asia Pasifik. Syabas Malaysia.

Bagi pendapat IBM, kesannya amat besar kepada negara. IBM yakin para pelabur asing yang ingin melabur di Malaysia, sudah tentu berasa yakin dan drafnya melonjak ke tempat ke-10 dari tahun lalu berbanding ke-21 pada tahun 2010 kepada 21 peratus tahun lalu. Dan seterusnya ia mengambarkan bahawa perancangan KDN untuk mengurangkan jenayah menampakkan hasil dan akan meneruskan usaha mencari kaedah yang beru bagi menurunkan kadar jenayah indeks dan jenayah jalanan.

Nampaknya, pembangkang yang diketuai oleh Anwar Ibrahim akan terus mencemburi kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) yang di terajui oleh DS Najib Tun Razak, bapak 'Transformasi' yang sudah menampakkan hasilnya untuk rakyat dan negara. Sudah pasti, pembangkang akan mencari jalan lain bagi mengaburi mata dunia bahawa Malaysia bukanlah negara yang selamat untuk di kunjungi atau melabur.

Bagi IBM, korang pembangkang boleh belah dan gulung tikar di PR ke-13 nanti. Ini, bukan IBM yang kata, tapi, rakyat jelata yang kata ketika IBM buat kajian secara rambang bertemu mata ke mata dengan rakyat/pengundi baru-baru ini. IBM yakin BN akan kekal memerintah. Sekian. Ikhlas dari saya ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA 

2 comments:

  1. Kenyataan di atas adalah berdasarkan kajian World Justice Project.

    Di bawah ini pula berdasarkan kajian GlobalPeace Index 2012:
    1.Iceland 2.Denmark 3.New Zealand 4.Canada 5.Japan 6.Ireland 7.Austria 8.Slovenia 9.Finland 10.Switzerland 11.Belgium 12.Qatar 13.Czech Rep. 14.Sweden 15.Germany 16.Portugal 17.Hungary 18.Norway 19.Bhutan 20.Malaysia

    Antara negara2 lain:
    22.Australia 23.Singapore 29.U.K 63.Indonesia 88.U.S.A 126.Thailand
    Kajian ini meliputi 158 negara.

    Kedudukan Malaysia sebelum ini:
    2007 - 36; 2008 - 37; 2009 - 25; 2010 - 21; 2011 - 18

    Malaysia turun dua anak tangga berbanding kedudukan pada 2011 disebabkan peningkatan mata dalam aspek 'Violent demonstrations' pada hampir setiap tahun kajian. Ada 23 aspek diberi tumpuan dan diberi markah antara 1 – 5. Dan Malaysia mendapat GPI 1.485 berbanding 1.454 pada tahun lepas (semakin kurang mata indeks, semakin selamat)

    Teliti semula negara2 yang berada di atas Malaysia, bagaimana komposisi masyarakatnya. Malaysia memang hebat! Oleh itu jagalah keamanan, kedamaian, kemakmuran dan kesejahteraan negara kita!

    http://www.visionofhumanity.org/gpi-data/

    ReplyDelete
  2. Salam Qalam Qabut,

    Thanks for the valuable info. Betul tu..Malaysia memang hebat. Hanya Pembangkang saja yang tidak mengiktiraf negara sendiri dan cuba untujk memusnahkannya.

    ReplyDelete