Pages

Thursday, June 14, 2012

Pas Memang Tak Sedar Diri. Perlu Cermin Diri!!

MEMANG tepat dan wajar Pas disaran supaya mencermin diri mereka dulu sebelum membuat kenyataan atau mengeluarkan sesuatu perkara yang melanggar hukum agama. Kerana, segala kenyatan dan hukum yang di keluarkan oleh Pas adalah bertujuan dan menjurus kepada kepentingan politik semata-mata. Ini amat bahaya dan menyesatkan umat Islam di negara ini.

Apabila Pengerusi Himpunan Ulama Muda Malaysia (ILMU), Dr Fadlan Mohd. Othman (gambar) menegur dan menyatakan bahawa kewajipan umat Islam menunaikan haji yang merupakan rukun Islam kelima adalah lebih diutamakan kedudukannya berbanding dengan pilihan raya seperti mana yang diperkata dan diperjuangkan oleh Pas ketika ini, jelas Pas memang tolol lagi bahlol.

Dan kata beliau lagi, perkara itu telah diputuskan melalui nas-nas serta dalil-dalil yang telah ditetapkan oleh syarak berhubung pelaksanaan ibadat haji bagi mereka yang mampu. Jadi, kenapalah Pas begitu bodoh mengeluarkan arahan kepada puak-puaknya supaya menanngguhkan pemergian mereka ke Mekah semata-mata kerana pilihan raya. Mungkin mereka nak menang pilihan raya kali ini dan memerintah negara bersama rakan-rakan syaitannya DAPig dan PKR. Hukum Allah di tolak tepi.   


Memang tidak dinafikan memilih pemerintah melalui pilihan raya itu wajib, namun ia tidak boleh mengambil kedudukan kefarduan melaksanakan ibadat haji. Disifatkan Pas ni dah melalut, gila kuasa, beliau mahu Pas cerminkan diri dengan pertanyaan sekiranya pembangkang yang turut dianggotai DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 adakah mereka mampu melaksanakan Islam di negara ini?

Oh tidak. IBM rasa tidak. Jauh 'pangang dari api'. Akibat keghirahan Pas dan dendam Pas pada Umno, Pas akhirnya akan tersungkur dek dipermainkan oleh DAPig dan PKR. Sekian. Ikhlas dari ~ IBM


TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

No comments:

Post a Comment