Pages

Thursday, June 7, 2012

Pok Nik Lupa Janji. Dah 22 Tahun Masih Belum Tertunai. Salah UMNO Jugak ke??


SEBAHAGIAN ahli gabungan 32 NGO berarak sambil membawa peralatan binaan terpakai seperti kereta sorong, penyodok dan cangkul sebagai simbolik kepada Kerajaan Negeri Kelantan supaya menunaikan janji kepada rakyat di hadapan Pejabat Menteri Besar Kelantan di Kota Darulnaim, Kota Bharu, semalam

SEMALAM kira-kira 300 wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengadakan demonstrasi di hadapan pejabat Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Darulnaim di sini bagi mendesak Kerajaan Kelantan melaksanakan segera projek-projek yang dijanjikan kepada rakyat tetapi belum ditunaikan. Mereka yang mewakili 32 NGO turut membawa pelbagai peralatan pembinaan sebagai sindiran kepada kerajaan negeri supaya melaksanakan projek berkenaan.


Peralatan itu antaranya kereta sorong, cangkul, penyodok dan beberapa guni pasir yang didermakan sebagai sokongan terhadap ‘hasrat murni’ membawa pembangunan dan mengingatkan Nik Abdul Aziz agar segera memulakan projek itu yang sudah dijanjikan sejak 22 tahun memerintah. Bagaimanalah gamaknya perasaan Pok Nik bila melihat perkara ini? Apa lagi alasan yang Pok Nik nak beri? Salahkan UMNO lagi ke?

Oleh itu, IBM cuma nak peringatkan rakyat di Kelantan. Cukuplah 22 tahun korang ditipu dengan janji-janji si musang janggut yang bernama Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat yang sudah kelihatan sewel, nyanyuk dan sasau. Setiap kali nak menjawab kritikkan dari UMNO dan juga NGO-NGO, dia akan mengeluarkan fatwa yang baru. Fatwa yang tak masuk di akal, fatwa rekaan Pok Nik sendiri. 

Apa kata korang tukar saja kerajaan Pas kepada kerajaan UMNO/BN di PRU ke-13 nanti. Tak rugi pun, malah korang akan dapat menafaatnya dan keluar dari kepompong kemiskinan. Insyallah. Fikir-fikirkanlah. Ikhlas dari saya ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

2 comments:

  1. LEBUHRAYA PREPAID HUSAM BAU MASAM...KAH..KAH..KAH.

    ReplyDelete
  2. Salam.

    Bukan aje bau masam, malah terlalu busuk utk penduduk negeri Kelantan. Jom tolak Pas di PRU ke-13 nanti. Kelantan akan berwajah baru sekiranya BN di beri mandat utk menerajui Kelantan nanti. ~ IBM

    ReplyDelete