Pages

Saturday, July 21, 2012

Abby Dan Bob Lokman Nak Bawak Artis 'Masuk Syurga' Sertai PAS!!

MARI KITA BERFIKIR SEJENAK KERANA KINI SUDAH MUNCUL 'DAJAL SUCI' DI KALANGAN ARTIS UNTUK MENCUCI DOSA-DOSA PAS. AWAS!!
Abby Abadi, artis terbaru menyertai Pas. Dia menyerahkan borang keahlian Pas kepada Nik Abdul Aziz Nik Mat kelmarin

MAKA sahlah Abby Abadi dijodohkan dengan Pas. Disaksikan ribunan ahli-ahli Pas, Abby Abadi menyerahkan borang keahlian Pas kepada Mursyidul Am, Tok Guru Nik Aziz dan berikrar akan berjuang bermatian-matian dan pastikan Pas dan Pakatan Rakyat akan berjaya menawan Putrajaya. Dan...Abby berasa yakin, masuk dan undi Pas gerenti masuk 'syurga'.


Setelah menyerahkan borang daftar sebagai ahli Pas, Abby menyatakan harapan peluang terbaru baginya sebagai seorang artis menyerahkan seluruh tenanga dan jiwanya untuk bersama Pas dan akan menarik lain-lain artis untuk sama-sama menyertai Pas, kerana, bagi Abby hanya Pas sahajalah yang benar-benar memperjuangkan agama Islam.


Abby kemudiannya menyatakan kepada para wartawan bahawa sebagai seorang seni beliau tidak pandai mencari rezeki di bidang lain. "Oleh itu saya berharap selepas ada perubahan Putrajaya nanti, kita boleh lakukan sesuatu bagi mertabatkan seni mengikut acuan Islam." Seni acuan Islam?...acuan yang macam mana tu Abby. Apapun IBM tak nak komen banyak-banyak, itu hak Abby, kita semua tunggu dan lihat sejauh mana si Abby Abadi ni boleh bertahan dengan Pas. Cerita lanjut sila KLIK  di sini.


SEMENTARA itu, seorang lagi artis yang dah tak laku, Bob Lokman namanya, siapa tak kena dia ni ye, yang begitu lantang mengkritik kerajaan sejak menyertai Pas, berceramah sana-sini menyatakan bahawa dirinya telah betul-betul sempurna, Islamnya Islam tulin dan tidak lagi was-was setelah menyertai Pas.

Oleh itu, si pelawak dan penulis lirik ni, Bob Lokman atau Mohd. Hakim Lokman mengajak rakan artis lain supaya menyertai Pas atas alasan hanya parti itu yang mampu mentadbir negara ini dengan cekap berlandaskan syariah Islam.

Kata Bob lagi, trend artis yang kini berdiri di pentas politik bersama Pas membuktikan bahawa golongan artis di negara ini sudah celik dan berpandangan jauh selain yakin mereka mampu melontarkan idea bernas untuk kebaikan parti. Ye ke Bob, atau ko je yang reka-reka cerita.

Menurutnya, jika dahulu ramai artis hanya memikirkan kepada sumber pendapatan sebagai penghibur semata-mata, namun pada hari ini, golongan itu sudah berubah dan semakin berani tampil di khalayak dengan gagasan perjuangan parti politik masing-masing.

Kesempilannya kepada cerita dua eko artis ini, jelas mereka ini begitu kecewa dengan apa yang mereka hajati semasa jadi artis dulu tidak kesampian. Mereka gagal di dalam misi yang mereka 'target' dan akhirnya mereka mengambil keputusan menyertai Pas.. Bagi mereka, menyertai Pas boleh menyelesaikan segala apa yang mereka hajati, dan, untuk menaburi mata dan hati peminat-peminat seni tanah air, mereka jadikan Pas tempat mereka mengadu nasib. KLIK disini, ada cerita tentang Bob Lokman ni. Bacalah.....

Tulisan IBM ni, hanyalah untuk mengingatkan kepada para pembaca dan juga kepada para artis tanah air diluar sana sekiranya ada membaca dan terjumpa blog IBM ini untuk tidak terpedaya dengan apa yang dikatakan  oleh Abby dan Bob lokman. Gunakanlah daya pemikiran anda sendiri dan lihatah di sekeliling anda, apa Kerajaan kita dah buat untuk rakyat dan negara. Fikir-fikirkanlah sejenak, kerana berfikir sejenak boleh merubah segala-galanya. sekian dari saya ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

5 comments:

  1. Aku rasa komen aku kat satu blog lain pun relevan dengan tajuk. So aku paste kat sini jugak >>
    Aku pun tumpang lega juga... tersenyum sampai meleleh2 bila dengar namanya dah tersenarai antara yang confirm masuk sorga. Selamat dah sekor lagi.

    Aku dengar Husam dah ada projek buat Makcik Abby and the gang... ‘para artis yang menyertai Pas akan ikut sama berkempen beri penjelasan kepentingan lebuh raya dan dapatkan derma dari orang ramai.’
    Jika diandaikan seorang artis berjaya kumpul derma RM50,000 di satu majlis pada 1 hari… RM50,000 x 10 artis x 30hari= RM15juta/bulan… RM180juta/tahun… RM1.8billion/10tahun.

    Alangkah hebatnya jika PAS dapat buat kerahan 100 tenaga. 1 tahun saja sudah mencukupi untuk pembiayaan lebuhraya tersebut. Harapnya ramai lagi artis yang takut masuk neraka dapat join PAS. Banyak kosong lagi! Berbaloi beb!!!

    Selain dari confirm masuk sorga, fulus pun lebat. Dengar kata Makcik Abby dapat RM2,500 semalam jual airliur saja (aku tak maksud jilat asikrim, ok!). Kalau buat roadshow Husam tadi boleh dapat RM2,500 x 30malam = RM75,000 sebulan. Memang kena kerja kuat sikit lah sebab nak capai target siap Lebuhraya ke Sorga tu.

    Semoga PakLong Bob dan MakCik Abby dapat teruskan perjuangan dengan semangat yang gigih untuk menarik lebih ramai lagi artis menyertai PAS, berjasa bukan saja kepada agama tetapi juga kepada pembangunan negara. Mana tau mungkin ada simpang2 atau U-turn di Lebuhraya ke Sorga itu didedikasikan dengan nama anda.

    ReplyDelete
  2. Salam Qalam Qqbut,

    Komen yg menarik. kalaulah Si Abby dan bob Lokman baca komen ini, mungkin mereka rasa tersertak dan mungkin juga mereka marah. Tapi....itu kenyataan yg harus mereka terima. IBM harap, moga artis2 yg lain di luar sana tu, berfikir habis-habis sekiranya mereka ini di datangi oleh dua eko 'Dajal' suci utk menyertai mereka masuk Pas.

    Kepada Abby dan Bob lokaman, teruskan perjuangan anda, moga syurga itu menjadi realiti dan anda berdua adalah penguni yg di terima oleh allah setelah menyertai Pas. TAKBIRRRRR!!

    ReplyDelete
  3. Salam IBM,

    Rasanya PakLong Bob dan MakCik Abby tak tersentak dan tak marah kot. Setengah manusia lagi pedas sambal, lagi laju makannya. Maklumlah dah sebati dengan perkataan2 yang keluar dari situ pun tak kurang pedasnya. Tapi ada jugak yang tak sedar diri, tak tau nak rasa antara pedas dan manis, sesat dan barat. Asyik redah saja...

    Tapi kalau nak marah aku jugak, anggap saja ini dugaan Tuhan, apa lagi di bulan yang mulia ini, harus banyak bersabar. Rasanya bukan aku sorang saja yang menduga, tetapi ramai, terutama terhadap MakCik Abby. Aku rasa dia lagi marah dekat tulisan kamu IBM, nak suruh orang tak percaya dekat dema. Aku kan bagi semangat tu! Kempen lagi untuk dema berdua tu dapat rekrut lebih ramai artis lagi.

    ReplyDelete
  4. W'kumusalam Qalam Qabut,

    Betul tu. IBM setuju dgn apa yg bro katakan. Banyakkan bersabar di dlm bulan Ramadan ni. IBM juga doakan agar Abby dan artis2 yg lain yg menyertai PAS agar sentiasa tenang, aman bersama PAS. Maklumlah pintu syurga dah nampak. Untug le artis2 yg bersama PAS ni ye.

    Apapun, kalau Abby nk marah dgn tulisan IBM ni, marahlah. IBM x ada hal punya. IBM cuma mencurahkan apa yg IBM berlaku didlm dunia artis pd masa kini. Seolah-olah mereka di sedang berperang dgn kerajaan skrg yg mereka anggap begitu kejam dan tidak memperjuangkan agama Islam. Bagi mereka PAS sajalah yg memperjuangkan Islam. Kan karut tu.

    IBM rasa, mesti ada dalang dibelakangnya. IBM juga nk tahu, apa yang artis2 sekarang ni nak pada Kerajaan sekarang ini?? Kalau tak puas hati, kenapa tidak mereka menggunakan "Seniman" dan ada lagi beberapa NGO yg boleh mewakali suara artis utk berjumpa, berbincang dgn wakil kerajaan bagi meluahkan perasaan dan masalah mereka?

    IBM tabik dgn PAS ni. Mereka pandai mengenakan 'jerat' mereka kepada (artis) utk bersama mereka. Kesimpulanya, adakah PAS akan bergantungan harapan kepada artis2 sahaja utk menang di PRU ke-13 nanti??..fikir-fikirkanlah....WASALLAM.

    ReplyDelete
  5. orang dh taubat pun ade lagi yg sibuk nk jtuh kan sbb politik..pikir2 la diri tu dh tue.yg sibuk duk halang org berjihad tu sbb ape.dh rse dengki sgt jgn la smpi duk mngumpat situ sana.bodoh

    ReplyDelete