Pages

Thursday, July 5, 2012

Duta Teksi Boleh Jaga Imej Negara..

NAJIB (tengah, belakang) bersama duta-duta teksi di Putrajaya semalam.
SATU LAGI TRANSFORMASI YANG DIILHAMKAN OLEH PERDANA MENTERI UNTUK RAKYAT DAN NEGARA

GOLONGAN pemandu teksi merupakan satu kumpulan penting dalam sektor pelancongan kerana mereka boleh meningkatkan imej serta memberi persepsi baik terhadap negara terutama dalam kalangan pelancong asing. Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, persepsi yang baik atau buruk terhadap negara akan tergambar semasa seseorang penumpang menggunakan perkhidmatan sesebuah teksi dan berinteraksi dengan pemandunya.
Menurutnya, apabila seseorang pelancong mendapat layanan yang memuaskan, mereka akan merasakan bahawa mereka berada di sebuah negara yang makmur dengan rakyat yang mesra dan ia akan disenangi pelancong. "Dengan menceritakan perkara yang baik mengenai negara dan menunjukkan sikap yang positif, maka para pelancong akan gembira dan menjadikan negara sebagai negara yang disenangi untuk dilawati," katanya.
Sebenarnya ramai dikalangan pemandu teksi di negara kita ini yang telah banyak menyumbangkan bakti terhadap negara. Mereka menunjukkan prestasi yang sungguh membanggakan negara, melayan tetamu-tetamu dengan penuh berdisplin, cuma ada segelintir sahaja yang agak agresif dan kasar terhadap pelancong-pelancong dari luar negara. Tapi..itu dulu, sekarang tidak lagi kot. Lepas ni, pemandu-pemandu teksi jangan lupa tanggug jawab tu. Bila mengundi nanti, tahulah siapa yang nak dipangkah, jangan tersalah pangkah. Faham-faham le ye. PM kita dah banyak buat kerja, besar jasanya pada rakyat. Begitu jugalah pada warga pemandu teksi ni. Janji tetap di kota. Bagaimana dengan pemberian tayar, 4 biji setahun, dah ambik ke belum?
Apa yang dilakukan oleh Perdana Menteri , adalah satu langkah yang betul bagi menaikkan nama negara, imej negara melalui pemandu teksi yang diberi peningtirafan sebagai Duta Teksi terhadap pelancong luar negara. TAPI..janganlah pulak hal 'Duta Teksi' ini di politikan pulak oleh pembangkang. IBM yakin, pembangkang akan membangkitkan isu ini. Percayalah. Apapun,  syabas dan tahniah kepada DS Najib yang inginkan 'transformasi' negara berjaya dilaksanakan demi untuk kebaikan rakyat dan negara.  Insyallah. Sekian dari saya ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

No comments:

Post a Comment