Pages

Monday, July 16, 2012

Muhyiddin Mahu Jumpa UMNO Bahagian Bermasalah...Ada Ke??



Tan Sri Muhyiddin Yasin berkata, beliau akan mengadakan pertemuan dengan UMNO bahagian yang bermasalah bagi menyelesaikan isu dalaman bahagian berkenaan. Menurut Timbalan Presiden UMNO itu, pertemuan tersebut akan diadakan pada Ramadan ini bagi membolehkan pelbagai isu diselesaikan secara baik untuk berdepan pilihan raya umum akan datang. Jelasnya, perkara tersebut sudah dimaklumkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Presiden parti.

''Kita tahu ada masalah. Misalnya di Kedah apabila kita kalah dalam pilihan raya umum lalu dan apabila disemak kenapa kalah, ia bukan disebabkan Pas kuat tetapi berlaku 'cah keting' dalam UMNO. ''Dia sabotaj. Macam mana calon dewan undangan negeri (DUN) boleh menang tetapi wakil kita di Parlimen kalah. Ini jelas ada yang tak amanah dan tak sokong calon-calon yang kita letak. Perkara ini perlu kita uruskan,'' katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Batu di Kompleks Darul Kifayah, Taman Koperasi Polis Fasa II, di sini hari ini.

Hadir sama Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Syed Ali Alhabshee dan Ketua UMNO Bahagian Batu, Datuk Yahaya Mat Ghani. Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, bilangan UMNO bahagian yang bermasalah adalah kecil dan boleh diselesaikan secara baik. ''Saya sudah atur siri-siri pertemuan pada bulan puasa ini. Kita boleh duduk bincang dan bercakap terus terang. Kita nak ingatkan setiap kawasan adalah penting. Penting dalam soal kembalikan kuasa kita,'' jelasnya.

Katanya, tugas sebagai pemimpin di peringkat bahagian adalah penting dan tumpuan ketika ini harus dihalakan kepada gerak kerja pilihan raya. Beliau berkata, mereka seharusnya memahami dan pandai membaca sikap pengundi. 'Cuma yang susah adalah parti-parti komponen yang mewakili kaum terutama MCA dan MIC yang perlu tahu membaca sikap pengundi masing-masing. ''Kenapa MCA tidak boleh baca sikap pengundi Cina? Apakah pengundi Cina cukup berahsia? Mereka memang tak akan beritahu tetapi ada caranya kita boleh menilai sikap pengundi itu,'' katanya.

Beliau kemudiannya mengingatkan para pemimpin UMNO tentang amanah yang diberikan dalam memperjuangkan masa depan orang Melayu. ''Mengapa kita memilih untuk lantang memperjuangkan orang Melayu sedangkan kita boleh duduk di rumah bersantai, menonton televisyen? Kenapa kita pilih untuk menjadi pemimpin UMNO kalau tidak untuk berjuang demi kepentingan agama, bangsa dan negara,'' tegas beliau.

IBM setuju benar dengan saranan dari TPM itu. Ini harus di ambil kira oleh ketua-ketua Umno Bahagian yang ada masalah. Jangan sembunyikan segala masalah yang dihadapi, berterus-terang, duduk berbincang, jangan tidak kepuasan hati kita di simpan begitu lama sehingga tiba saatnya meletup, maka ianya sudah terlambat. Akhirnya kita sendiri yang rugi. Itu adalah satu saranan atau mesej yang ikhlas dan jujr dari TPM kita.

Sebagai orang Umno, kerjasama yang gitu harus di pertingkatkan demi untuk meneruskan 'servival' parti keramat kita iaitu parti Umno. Kepada MCA pula, IBM cuma nak ingatkan, tingkatkan kerja dan carilah jalan untuk menambat kembali hati pengundi2 kaum Cina. MCA tentu dah tahu apa harus mereka lakukan. Berfikirlah sejenak, kerana berfikir sejenak itu boleh merubah segala-galanya. Sekian dari saya ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA 

No comments:

Post a Comment