Dek banyak memikir, terlena akhirnya Hj Hadi di buai mimpi. Mungkin mimpi ngeri barang kali.
KENYATAAN Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menegaskan parti tersebut adalah anggota paling kuat dalam pakatan pembangkang bolehlah diibaratkan seperti mimpi di siang hari.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Ir. Idris Haron menganggap bahawa Pas seperti tidak memahami apa yang diucapkan kerana sewajarnya sebagai parti yang kuat maka tentunya merekalah yang mengetuai pengagihan kerusi dalam pakatan tersebut.
“Saya anggap Pas tak tahu apa yang dikata, parti yang khayal, parti yang alpa dan parti yang sudah tidak lagi mempunyai karisma apabila bersekutu dalam pakatan pembangkang iaitu bersama-sama dengan DAP dan PKR,” katanya kepada UMNO-Online.
Akhbar Sinar Harian hari ini melaporkan Abdul Hadi sebagai berkata Pas akan bertanding lebih banyak kerusi parlimen berbanding DAP dalam pilihan raya akan datang.
“Kalau benar Pas adalah parti yang paling kuat maka sepatutnya merekalah yang mengetuai pakatan pembangkang dan bersuara lebih berbanding dengan anggota PKR dan DAP sendiri,” katanya.
Keratan Akhbar Kenyataan Hj Hadi Awang Baru-Baru Ini. Boleh Pakai Ke Kenyataan Tu?
Sebelum ini, media massa mendedahkan yang memetik blog sebagai mendakwa DAP akan bertanding 90 daripada 222 kerusi parlimen dalam pilihan raya umum ke-13, bagi membolehkan pemimpin mereka menjadi perdana menteri jika Pakatan menguasai Putrajaya namun ia dinafikan.
“Kita melihat pakatan pembangkang termasuklah Pas sendiri tidak mempunyai pendirian apatah lagi dalam soal untuk pembahagian kerusi yang dilihat nampak benar tidak ada persefahaman.
“Perkara sedemikian tidak pernah berlaku dalam UMNO dan Barisan Nasional (BN) kerana kepimpinan tertinggi parti sentiasa bersifat prihatin dan menunjukkan kebertangungjawaban kepada anggotanya malah ada anggota kompenan yang sedar akan kalah di sesuatu kawasan maka menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk memberi perubahan,” katanya.
Tegasnya yang juga Ahli Parlimen Tangga Batu, sehingga ke hari ini Pas tidak pernah terbukti sebagai parti yang kuat dan dominan dalam pakatan pembangkang apatah lagi mempunyai kuasa dalam menentukan jumlah agihan kerusi untuk ketiga-tiga parti.
“Yang dilihat paling dominan dalam pakatan pembangkang hanyalah seorang individu yang langsung tidak ada jawatan dalam parti sama ada sebagai presiden atau setiausaha agung sebaliknya hanya jawatan ketua umum yang diwujudkan sendiri dan tidak dipilih secara demokratik sebagaimana dilaksanakan dalam UMNO, MCA, MIC dan mana-mana kompenan BN.”
Dalam pilihan raya umum 2008, Pas bertanding di 66 kerusi parlimen tetapi hanya memenangi 23 kerusi sementara DAP dan PKR masing-masing bertanding 47 serta 97 kerusi dan masing-masing menang 28 dan 31 kerusi. Apa yang IBM dapat lihat di sini, memang tidak sepakatan sesama mereka di dalam Pakatan Rakyat. Masing-masing nak tunjuk kuat, dan berpengaruh. Elok benarlah tu. Teruskan amalan tersebut, insyallah lekas-lekas le hancur pakatan pembangkang ni. Bahan cerita, ihsan dari mediaUmno. Terima kasih. Sekian, ikhlas dari saya ~ IBM
TERIMA KASIH JUGA KERANA SUDI MEMBACA
No comments:
Post a Comment