Pages

Sunday, August 12, 2012

4.7 Juta Rakyat Malaysia Merokok!!

 Budak-budak Sekolah ni pun dah pandai merokok. (Gambar sebagai hiasan)
WALAU semahal manapun harga rokok yang dijual di pasaran, para perokok akan tetap membelinya kerana ianya sudah menjadi habit dan ketagih. Yang hairan tu, perokok yang beragama Islam, dibulan puasa ni mereka boleh pulak berhenti merokok sehari suntuk. Tapi....selepas berbuka puasa, rokoklah yang pertama mereka cari. Hairan jugak tu.

Sebenarnya, kalau seseorang itu ingin berhenti merokok, memang ada caranya. Yakin pada diri sendiri dan katakan 'tak nak pada rokok'. Insyallah boleh berhenti. IBM pun dulu perokok jugak. Tapi....IBM yakin pada diri sendiri, akhirnya IBM berjaya juga. Sampai ke hari ini IBM bebas dari rokok.

Terkini, statistik terbaharu mengenai ketagihan merokok di negara ini begitu menggerunkan apabila jumlah perokok meningkat kepada 4.7 juta orang pada tahun lalu berbanding 3.1 juta orang pada 2007. Wow, ramai tu.
Peningkatan mendadak jumlah perokok dalam tempoh kira-kira lima tahun itu berlaku disebabkan fenomena lambakan rokok seludup pelbagai jenama yang dijual pada harga sangat rendah di pasaran. Purata perokok di Malaysia membelanjakan sebanyak RM178.80 sebulan untuk membeli rokok. Kalau disimpan jumlah itu ke dalam Bank tiap-tiap bulan, kan lama-lama jadi banyak.
Fikir-fikirkanlah wahai para pembaca dan rakan sekalian. Kalau boleh berfikir sejenak, kerana berfikir sejenak itu boleh mengubah segala-galanya termasuk diri kita sendiri. Dan...tepuk dada tanya selera. Ikhlas dari saya yang sudah berhenti merokok lebih 20 tahun. ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

2 comments:

  1. rm178.80/bulan = rm2145.60/tahun = rm21456.00/10 tahun. sebelum berhenti dulu, aku telah hisap selama 25 tahun. jadi keseluruhannya aku habiskan rm53640.00. tak sangka begitu banyak. sebijik kereta baru aku dh telan sepanjang 25 tahun. hebatkan!!! sebagai pengajaran, jangan membazir mcm aku dulu.

    ReplyDelete
  2. Salam usin,

    Terima kasih di atas paparan anda utk peringatan kpd rakan2 kta yg merokok. Figure yg cukup tinggi dan merugikan dlm masa jangka panjang. Harap ini akan mengubah fikiran rakan2 kita diluar sana utk tidak merokok.

    Terima kasih sekali lagi usin. Rakyat sihat, negara bersih tanpa rokok. Insyallah....'katakan tak nak pada rokok'......

    ReplyDelete