Pages

Thursday, August 9, 2012

DAPig Memang Golongan 'Kafir Harbi'. Jom Tolak Mereka!!



SEKRETARIAT Ulama Muda Malaysia bersetuju dengan saranan seorang tokoh agama di Tumpat, Kelantan supaya umat Islam tidak menyokong DAP kerana mendakwa parti itu secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam.
Pengerusi jawatankuasa kerja sekretariat tersebut Fathul Bari Mat Jahaya berkata umat Islam perlu berfikir dan bermuhasabah sebelum membuat pilihan agar tidak memilih berlandaskan nafsu atau dendam yang membawa padah buruk.

“Apa yang saya dapat lihat, agenda DAP berbeza dengan MCA dan MIC kerana mereka ini digolongkan sebagai bukan kafir harbi yakni tidak membawa sebarang kemudaratan kepada kedudukan Islam dan umatnya,” katanya mengulas kenyataan Pengasas Pondok Geting, Tumpat Abdullah Sa’amah semalam bahawa umat Islam tidak boleh menyokong DAP kerana ia haram serta berdosa.
Gesaan itu adalah ekoran pendirian parti PAS untuk terus bekerjasama dengan DAP sedangkan pengerusi DAP Karpal Singh berkeras supaya PAS menggugurkan niat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Islam.
Fathul Bari meminta rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam meneliti semula sejarah penubuhan parti PAS, UMNO dan DAP supaya dapat memahami pendekatan yang dibawa setiap parti.
“Allah telah mengurniakan akal serta fikiran, jadi kita perlu memanfaatkan kurniaan itu dan tidak mensia-siakannya,” katanya kepada Bernama hari ini.
Tambahnya umat Islam perlu mendidik golongan bukan Islam serta mendekatkan diri dengan mereka agar golongan ini menerima maklumat yang tepat mengenai dakwah Islam yang suci dan murni.
Sementara itu, Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat) Ismail Mina Ahmad berpendapat umat Islam dilarang sama sekali menyokong mana-mana parti atau pertubuhan yang menentang Islam serta pelaksanaan hukum Islam.
“Sesiapa yang menentang Islam serta pelaksanaan hukum Islam maka secara syarak, umat Islam dilarang menyokong golongan ini yang digolongkan sebagai kafir harbi.
“Mereka ini merupakan golongan yang boleh membawa kemudaratan kepada kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan serta umat Islam amnya,” katanya.
Ismail berkata penolakan ini bukan berlandaskan perasaan namun ia disebabkan penentangan parti tersebut serta bercanggah dengan kedudukan Islam yang dijamin oleh Perlembagaan yang mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi negara.
“Jangan cemari kesucian Islam semata-mata kepentingan politik, di mana tanggungjawab kita sebagai pembela agama yang dipertanggungjawab memartabat syiar Islam,” katanya.
________________________________________________________________
Komen IBM senang je. Selagi PAS bagi muka dan tunduk kepada kehendak DAP ni, selagi itulah Islam terus dihina dan sekali gus kena pada batang hidung PAS yang bercita-cita tinggi untuk menjadikan negara ini negara Islam dan melaksanakan hukum hudud. Sebaliknya PAS dilihat sebagai pengkhianat bangsa dan mengadai maruah agama Islam. Jadi, dimanakah yang dikatakan PAS memperjuangkan Islam?...HAMPEHHH!! Sekian, ikhlas dari saya ~ IBM.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

No comments:

Post a Comment