Pages

Sunday, August 26, 2012

Dua Budak 'Jahat' Jadi Harapan, Tapi, Jahat Lagi Anwar Dan Pakatan Haram...

Bolehkah Sukan dan Politik disamakan? Anda semua tentu ada pendapat yang berbeza, kan?......

Sejahat-jahat mereka hanya di padang bola, tapi jahat Anwar dan Pakatan haram akan menjahanamkan negara. Lagi bahaya.

PERTARUNGAN antara Liverpool dan Manchester City di Anfield malam ini bakal menjadi tumpuan dengan kehadiran dua pemain yang dilabel sebagai budak 'jahat'. Tuan rumah memiliki Luis Suarez yang dicemuh oleh peminat bola sepak kerana mengeluarkan perkataan berunsur perkauman terhadap pertahanan Manchester United, Patrice Evra musim lalu. Pemain Manchester City, Carlos Tevez pula menjadi mangsa kutukan selama enam bulan kerana meninggalkan kelab itu namun kembali semula untuk membantu skuad bimbingan Roberto Mancini menjuarai Liga Perdana England.
Bagaimanapun, ada cerita menarik tentang mereka. Suarez mendedahkan jika bukan kerana penghijrahan Tevez ke England enam tahun lalu, dia mungkin tidak beraksi bersama The RedsSuarez yang telah menandatangani kontrak selama empat tahun di Anfield berkata, ketika beraksi di Belanda dengan Groningen dan Ajax, dia terpegun dengan aksi penyerang Argentina itu mengatasi pemain lawan dalam EPL. Kejayaan Tevez di England menjadi pendorong buat pemain Uruguay itu menerima tawaran Liverpool dua tahun lalu.
Inilah muka-muka ahli politik yang sanggup berbuat apa sahaja, tak kira sukan atau pun yang lain, demi mengejar cita-cita politik kotor mereka dan tak kisah jika negara hura-hara.
Suarez berkata: "Saya menonton aksi Tevez dan dia bermain dengan cukup baik. Jika dia boleh berjaya sudah tentu saya juga boleh mengikut jejaknya kerana kami mempunyai bentuk fizikal yang hampir sama." Bagaimanapun, pada musim lalu, kedua-duanya dilanda kontroversi. Tevez tidak beraksi selama enam bulan bersama City selepas dia enggan dimasukkan sebagai pemain gantian pada perlawanan Liga Juara-Juara menentang Bayern Munich.
Suarez pula diketepikan hampir dua bulan selepas insiden menghina Evra dan enggan berjabat tangan dengan bintang United itu apabila mereka bertemu semula pada perlawanan di Old Trafford pada Februari lalu, menyebabkan dia dikritik banyak pihak. Bagaimanapun, Suarez mengakui dia kini memiliki semangat yang tinggi untuk meraih kemenangan dan telah berubah sikap.
________________________________________________________________
Apa yang IBM cuba kaitkan disini di antara sukan dan politik, kerana kedua-dua pemain bolasepak ini yang dianggap 'jahat'  didalam menjalankan tanggunjawab mereka sebagai pemain, tapi, itu demi sukan yang mereka minati, sayang dan komitment mereka pada pasukan kesayang mereka. Jahat mereka bertempat. Ianya tidak menjejaskan nama pasukan dan negara mereka. Malah mereka terus diminati dan di sanjung tinggi oleh para peminat mereka.
Tidak seperti bidang politik seperti yang diamalkan oleh Anwar dan pakatan haram yang berpolitik semata-mata untuk mencapai cita-cita mereka dan dendam kesumat mereka kepada kerajaan yang ada sekarang. Mereka menjadi jahat. Mereka berbuat sesuka hati mereka, tak kita sensitiviti rakyat, malah janji-janji yang mereka taburkan dulu, diketepi dan dilupakan begitu saja. 
Kesimpulannya, politik itu tidak kotor, begitu juga dengan sukan bolasepak, tidak kotor, tapi, ada kalanya taktik yang mereka gunakan kotor demi untuk menang. Maka, begitu juglah amalan 'politik songsang' yang diamalkan oleh Anwar dan pakatan haram. Oleh itu, sebelum menjelangnya PRU ke-13 yang akan datang ni, fikirlah masak-masak, jangan salah pilih dan salah pangkah, kerana buruk padahnya sekira kita salah pangkah/pilih. Apapun, IBM harap Liverpool akan menang pada malam ini. Jom kita tengok nanti.  Wasallah. Ikhlas dari saya ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

No comments:

Post a Comment