SELEBRITI dan media yang terlibat dalam Dodol, Bahulu dan Bangkit Aktif Raya
.Hehehe....suspen jugak bila terbaca disebuah akhbar, tiga kuih tradisional nak berperang. Berperang macam mana? Rupa-rupanya sebuah PROGRAM gameshow RTM, Aktif 5 akan muncul lagi dengan edisi khas 'perang saudara' tiga kuih tradisi membabitkan dodol, bahulu dan bangkit.
Program Aidilfitri yang dinamakan Dodol, Bahulu dan Bangkit Aktif Raya itu menampilkan gabungan pelakon, penyanyi, pengacara, personaliti radio dan wakil media itu dikendalikan oleh Ain Sabrina On. Mengikut kata Ain, pada mulanya beliau mahu gunakan nama seperti ketupat dan lemang, tetapi ia seperti terlalu biasa menjadi juadah raya.
Semenjak bertugas lebih 10 tahun sebagai penerbit rancangan hiburan di RTM, Ain berkata, kuih tradisi seperti dodol, bahulu dan bangkit itu sengaja dipilih bagi memberikan nostalgia raya di desa yang pastinya segar dalam ingatan semua. Ia juga unik dan penggemarnya pula pasti orang yang begitu menghargai budaya raya zaman dulu-dulu.
Sebagai menggandakan kemeriahan perang kuih tradisi itu, mengikut kata Ain, nama-nama dodol, baulu dan bangkit dijadikan nama bagi setiap tiga kumpulan yang bertanding. Kumpulan Dodol disertai oleh Ahdan, Razlan Kristal, Izara Aishah, Dwan dari Harian Metro dan Muaz Nasional FM.
Kumpulan Bahulu pula meletakkan pengacara baharu Zoey Rahman, Almy Nadia, Tengku Suzana Raja Hamat dari Kosmo! Ahad, Ameer Sofazr dan Ezad Lazim. Sebuah lagi kumpulan iaitu kumpulan Bangkit pula terdiri daripada Azrul Raja Lawak, Ernie Zakry, Erul, Wan Sharmila, Athirah dari Mingguan Malaysia.
Rancangan raya yang dihoskan oleh Saiful Apek dan Nurata dari Suria FM itu menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara kumpulan Dodol, Bahulu dan Bangkit dalam lima segmen utama iaitu Dekor Raya, Glamer Raya, Promosi Jualan Murah, Lalala Raya dan ABC Gergasi Raya.
Selain berhibur, IBM difahamkan, konsep Dodol, Bahulu dan Bangkit Aktif Raya turut terpanggil untuk memberi sumbangan wang tunai sebanyak RNM15,000 tajaan Jamu Mak Dara untuk diberikan kepada tiga buah rumah kebajikan iaitu Persatuan Ibu Tunggal dan Anak Yatim Mutiara Kasih, Rumah Silaturrahim Nurul Qaanah dan Rumah Anak Kesayanganku," beritahu Ain yang menjanjikan sebuah lagi program hiburan menarik untuk tatapan penonton menjelang Aidilfitri nanti. Oh seronoknya!!
Program Dodol, Bahulu, Bangkit Aktif Raya dijadualkan tayangan menjelang 1 Syawal pukul 4 hingga 6 petang di TV2. Siaran ulangan boleh disaksikan pada 23 Ogos pukul 3 petang. Jangan lupa tonton ye!. Mesti besat punya. Dah tak sabar rasanya untuk menyambut hari labaran (Hari Raya). Perasaan ni tiba-tiba dah jadi macam budak-budak pulak.
Apapun, walau pun hari raya tinggal seminggu je lagi untuk kita raikan, IBM mengambil kesempatan kepada semua para pembaca yang budiman mengucapkan : SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Ikhlas dari ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
No comments:
Post a Comment