KAKITANGAN JAIS menahan seorang remaja (dua dari kiri) dalam Operasi Pemungut Khairat Tanpa Kebenaran di sebuah stesen minyak di Batu Tiga, Shah Alam semalam.
MEMANG sudah lama perkara seperti menggunakan pelajar sekolah di kerah untuk mengutip derma berluas-luasa di negara kita ini. IBM pernah di datangi oleh pelajar-pelajar mengutip derma semasa sedang minum dengan rakan-rakan di Uptown, Damansara Utama. Masa tu lebih kurang 2.30 pagi. IBM beri juga sedikit derma dan sempat bertanya, siapa yang hantar mereka ke sini, arahan siapa dan dimana cikgu-cikgu mereka?
Jawapan mereka Sekolah yang suruh, dan cikgu depa ada di dalam kereta di parking Lot sedang menunggu. Masa tu IBM ingat nak pergi berjumpa dengan cikgu yang dimaksudkan oleh pelajar tersebut untuk bersemuka dan bertanyakan perkara yang sebenarnya, tapi dihalang oleh rakan-rakan IBM. Kata mereka, biarkan. Satu hari nanti kegiatan mereka-mereka ini akan terbongkar.
Alhamdulillah, akhirnya Jabatan Agama Islam Selangor (jais) mengesan terdapat sindiket yang berselindung di sebalik nama pusat Tahfiz, madrasah dan rumah anak yatim serta menggunakan pelajar sekolah untuk mengutip derma sehingga ke pukul 3 pagi setiap hari. Mereka perah habis tenaga pelajar-pelajar tersebut demi untuk mendapat kekayaan dengan cara yang mudah. Yang berpeluh budak-budak tu, depa goyang kaki dalam kereta, lepas tu kaut semua hasil kutipan tersebut. Memang Haram Jadah punya manusia.
Penolong Pengarah Kanan Bahagian Penguatkuasaan Jais, Hardi Mohamad Sadali berkata, aktiviti sindiket mengutip derma itu terbongkar selepas lapan individu termasuk tiga rakyat asing ditahan dalam operasi kutipan derma tanpa kebenaran di Seksyen 9, 11, 17, 18 dan 19 di sini semalam. IBM harap, setelah terbongkarnya kegiatan ini, dapat di kenal pasti siapa dalang sebenarnya, jangan tunggu lama-lama, dakwa dan bawa ke meja keadilan (Mahkamah).
Menurut kata penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengkuatkuasa Jais, mereka yang ditahan berumur antara 16 dan 50 tahun kerana didapati menjalankan aktiviti mengutip derma tanpa kebenaran jais dan di kawasan yang tidak dibenarkan. Tahniah kepada Jais yang berjaya membongkar kegiatan ini, diharap teruskan penguatkuasaan dan pantau di setiap lokasi yang menjadi tumpuan ramai, kerana sudah tentu sindiket-sendikit ini akan meneruskan kegiatan haram mereka kerana pendapatan hasil kutipan derma tersebut begitu lumayan sekali.
Dan.... kerjasama dan maklumat daripada orang ramai amat-amatlah di perlukan. Kalau tidak memang susah nak mengesan mereka. IBM rasa kesal pulak pada hari kejadian tu, IBM tak ambil serius. Nak salahkan kekawan pada malam tersebut, tak boleh jugak. Insyallah, jika berlaku lagi pada IBM, tidak akan lepas kali ini. Siap korang. Sekian dulu dari saya yang benar ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
No comments:
Post a Comment