Pages

Wednesday, August 22, 2012

Khatib Belaan Pembangkang Terus Menghentam Kerajaan Di Khutbah 'Aidilfitri'...

 Gambar sebagai hiasan
PEMBANGKANG terus dengan usaha mereka memburuk-buruk dan menfitnah kerajaan dan cuba mengaburi mata rakyat bahawa kerajaan yang ada sekarang ini bersifat kejam, tidak adil dan diktator. Mereka tidak mengira masa dan tempat. Bayangkan semasa umat Islam berkunjung ke Masjid untuk menunaikan solat sunat 'Aidilfitri',  mereka balun juga. Takkah mereka terfikir, hari itu adalah hari untuk kita bergembira dan bermaaf-maafan sesama kita?...tapi...tidak bagi pembangkang. Mereka menggunakan 'Khatib' yang berdiri diatas mimbar, terus menghentam dan menfitnah kerajaan. 

Ini adalah satu perbuatan yang sungguh keji dan tak bertanggung jawab. Mereka seolah-olah sudah hilang akal. Tiada cara yang lain bagi menjatuhkan maruah dan nama-nama pemimpin-pemimpin negara dengan berkhutbah semasa hari raya pulak tu. Memang sial pembangkang ni. Tidakkah mereka tahu apa itu dosa dan pahala? sedangkan mereka-mereka tu adalah orang-orang yang di kategorikan orang-orang yang warak.

Perkara ini diluahkan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, kerana ianya berlaku di Kelantan. Beliau amat kesal di atas tindakan segelintir khatib dibeberapa kampung di Kelantan yang cuba menanamkan kebencian terhadap kepimpinan negara yang diketuai oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi khutbah Aidilfitri baru-baru ini.

Menurut beliau, khutbah yang disampaikan itu juga didakwa mengandungi banyak unsur kecaman kepada pemimpin dan sistem pemerintahan di negara ini. Malah, katanya, lebih teruk lagi ialah apabila pada satu peringkat khutbah yang disampaikan itu turut menyamakan negara ini dengan negara yang diperintah oleh kuasa diktator. Masyallah.!. Maka, beliau berpendapat, khatib yang bertugas pada hari itu adalah khatib yang telah didatangi dan diupah oleh pembangkang untuk memburuk-burukan kerajaan yang sedia ada.

Dan...bagi beliau, biarlah mereka tanggung segala dosa yang mereka lakukan, hakikatnya, kerajaan dibawah pimpinan Datuk Seri Najib tidak melakukan penindasan, kezaliman dan ketidak adilan kepada rakyat seperti negara diktator seperti yang digambarkan didalam khutbah tersebut. Kerajaan sekarang terus membantu rakyat, pemimpin-pemimpinnya selalu turun padang dan yang penting kita mempunyai komitmen yang tinggi untuk membawa perubahan terhadap negara ini.

Sehubungan itu, DS Mustapa mahu agar pihak yang sengaja memburuk-burukna kepimpinan negara supaya membuat penilaian dan melakukan penyelidikan sama ada benar atau sebaliknya kerajaan memerintah secara diktator?......fikir-fikirkah dan jangan terlalu emosi seperti pembangkang yang tak tahu diuntung. Bagi pandangan IBM, elok saja mereka belah dan keluar dari negara ini yang mereka anggap kerajaannya zalim dan mengamalkan pemerintahan secara diktator. Silakan belah.  Ikhlas dari saya ~  IBM.
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

No comments:

Post a Comment