Pages

Thursday, August 2, 2012

Krisis Air Di Kelantan Semakin Serius. Pok Ni k Buat Pekak Bedak Je....Kesian Rakyat Kelantan!!

SEPERTI di Selangor, Kelantan juga menghadapi krisis air yang amat-amat serius. Dah lebih 22 tahun Pas memerintah Kelantan yang di ketuai oleh Tok Guru Nik Aziz yang di sayangi ramai, tapi sayang....kemelut air di sana masih berterusan, seolah-olah Tok Guru pekak, pekak badak. Sepatutnya, isu air mestilah di ambil serius oleh seorang Ketua negeri seperti Pok Nik ni, apatah lagi seorang yang bergelar ULAMA, dihormati ramai pulak tu. Ini yang IBM muskil, kenapa sampai ke hari ini, jika di ajukan masalah air ni, Pok nik akan memberi bermacam-macam alasan. Kesian rakyat Kelantan. Mereka sebenarnya telah di tipu oleh kerajaan Pas dan lebih 22 tahun.

Untuk itu, apakah tindakan yang akan diambil oleh kerajaan negeri Kelantan, terutamanya orang no 1 negeri, Pok Nik?...tak berdiam diri begitu aje. Di Selangor, krisis air ini timbul apabila kerajaan beraleh tangan. Semasa Barisan Nasional (BN) menerajui negeri Selangor, tiada masalah serius yang hadapi oleh rakyat. Kini, apabila Pakaran Haram mengambil alih Selangor, bermacam-macam hal berlaku, termasuklah isu air yang kini kian runcing di Selangor. Ini jelas bahawa, Pakatan Rakyat memang tidak layak menjadi pemerintah. Bukannya mendatangkan kebaikan, malah menyusahkan rakyat.


Terkini, krisis bekalan air di Kelantan, mula melanda daerah Pasir Mas.  IBM difahamkan, krisis bekalan air yang melanda daerah Pasir Mas dijangka berlarutan ekoran Syarikat Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) mengakui tidak mampu untuk menyelesaikannya dalam masa terdekat ini. Mengikut kata Pengurus Besar AKSB, Ir. Mohamad Hanapi Mahmud ketika dihubungi mengakui masalah tersebut akan hanya dapat diselesaikan sekiranya hujan dalam masa terdekat ini kerana segala usaha yang dilakukan mereka tidak mencukupi. Bagaimana kalau hujan tidak turun?.....tidakkah AKSB mempunyai kaedah yang lain bagi mengatasi masalah air ini?

Beliau berkata, Loji Rawatan Air Kelar yang menyalurkan air bersih ke kawasan Pasir Mas dan Tanah Merah ketika ini tidak dapat menyedut air dari Sungai Kelantan berikutan paras air rendah akibat kemarau di kawasan hulu Kelantan sejak seminggu lalu. "Masalah sekarang kita tidak dapat menyedut air sungai untuk diproses dan kita telah mengambil tindakan segera dengan meletakkan saluran tambahan untuk menyedut air, tetapi ia masih tidak cukup untuk menampung permintaan pengguna.


Kesimpulannya, apa jua alasan yang diberi oleh AKSB dan juga kerajaan Pas, ianya tidak dapat menyelesaikan masalah air di Kelantan. Elok benarlah kerajaan Pas yang ada sekarang ini di tukar pada kerajaan yang baru di PRU ke-13 nanti. Pok Nik, mu GAGAL, gagal menjalankan tugas mu sebagai Menteri Besar Kelantan. Mu pun dah tua, maaf le kalau IBM katakan mu sudah nyanyuk. Berihatlah. Berilah pada orang lain yang boleh memimpin dan membuat perubahan baru kepada negeri Kelantan. Rakyat Kelantan pun dah tak sabar nak ubah dan beri mandat kepada kerajaan baru, iaitu, Barisan Nasional (BN).

Apa jadahnya Pok Nik, kalau nak ambik air sembahyang pun tak ada air? Nak buat 'Tiamum' pun tak ada pasir yang berdebu di Kelantan. Ternyata mu gagal Pok Nik. Gagal. Kepada rakyat Kelantan, bersedialah untuk mengubah corak hidup anda sekiranya BN mengambil negeri Kelantan. Insyallah. Sekian, ikhlas dari saya ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

No comments:

Post a Comment