KREDIBILITI malaysiakini sebagai medium penyampaian maklumat bebas dan seimbang terus dipersoalkan berikutan tindakan portal berita propembangkang itu memutar belit kenyataan daripada sumber untuk kepentingan politik semata-mata. Perkara itu diakui bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin yang mendakwa, kenyataan beliau berhubung isu hudud telah dipetik Malaysiakini semalam secara tidak menyeluruh menyebabkan maksud kenyataannya berada di luar konteks. Menurut beliau, menerusi laporan bertajuk 'Bekas mufti: Terkeluar Islam jika persenda hudud' semalam, Malaysiakini sekadar mengambil sebahagian artikel menerusi blognya di drmaza.com secara tidak menyeluruh.
Menolak nas al-Quran tentang hudud (jatuhnya) murtad, tapi menolak tafsiran dan pendapat tentang hudud oleh pihak tertentu tidak murtad. Isu hudud yang dilaporkan Malaysiakini itu benar tapi tidak menyeluruh. Sebahagian media mengambil potongan artikel-artikel saya lalu dijadikan berita secara tak menyeluruh, di luar konteks dan untuk kepentingan politik mereka semata-mata," katanya menerusi akaun Twitternya semalam.
Malaysiakini semalam melaporkan Mohd. Asri memberi amaran kepada golongan yang mempersenda usaha melaksanakan hukum hudud kerana perbuatan demikian boleh menyebabkan seseorang itu terkeluar daripada Islam. Portal berita itu ketika ini mendapat kecaman pelbagai pihak kerana didakwa menyiarkan laporan secara tidak beretika dan mengkritik kerajaan secara keterlaluan dengan membelakangkan prinsip dan etika media. Sementara itu, Setiausaha Agung Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Syed Hassan Syed Ali berkata, kerajaan tidak perlu mempedulikan orientasi politik Malaysiakini.
Ini kerana, kata beliau, portal berita itu perlu dilihat sebagai lidah rasmi pembangkang seperti Harakah dan Suara Keadilan yang tidak memberi ruang kepada Barisan Nasional (BN) dan UMNO. Mereka menyerang Utusan Malaysia kerana dikatakan lebih menjadi suara BN serta akhbar tersebut berat sebelah dalam menyampaikan maklumat. Tetapi, apa kurangnya Harakah dan Suara Keadilan termasuk Malaysiakini? Cuma apa yang menghairankan saya ialah mengapa wartawan Malaysiakini boleh mendapat ruang dalam sidang akhbar oleh menteri-menteri, BN dan UMNO," katanya.
Dalam pada itu, Ketua Penerangan Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk A. Chandrakumanan berkata, Malaysiakini menanam perasaan kebencian melampau terhadap dasar-dasar kerajaan selain sengaja menyajikan pembaca dengan penulisan yang hanya mengagungkan pembangkang. Saya ingat lagi, pada awal penubuhan portal tersebut, ia lebih bersifat neutral kerana menyiarkan semua berita tetapi selepas tsunami politik 2008, mereka seolah-olah menjadi lidah rasmi pembangkang.
Dalam pada itu, Ketua Pemuda MIC, T. Mohan turut melahirkan rasa kesal dengan tindakan portal tersebut mempersenda Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan penyiaran karikatur keterlaluan menerusi ruangan cartoonkini. Najib bukan Perdana Menteri untuk BN, tetapi pemimpin untuk semua lapisan masyarakat," katanya.
SUMBER : UTUSANonline
________________________________________________________________
Baru beberapa hari yang lepas IBM paparkan di blog ini tentang malaysiaKini yang terang-terang menyiarkan berita yang penuh dengan fitnah terhadap kerajaan. Apa yang mereka tulis adalah suara dari pembangkang. Mereka tak kita siapa. Baik pemimpin no 1 Malaysia, pemimpin-pemimpin yang lain, terus mereka hentam. Ini termasuklah mufti-mufti yang tak bersalah. IBM yakin para pembaca dah faham apa yang tertera di atas. Ini bukan fitnah, tapi ianya realiti dan sengaja dibangkitkan oleh portal pembangkang ini. Kesimpulannya, apakah pihak yang berwajib/kerajaan terus berdiam diri? Terpulanglah. IBM dan juga rakan-rakan blog pro kerajaan telah membuat yang terbaik demi untuk kehormonian negara kita, kerana kita diberi kebebasan untuk bersuara, tapi...mesti ada batasanya. Tidak seperti malaysiakini, terus berbohong dan menabur fitnah. Fikir-fikirkanlah.....Ikhlas dari ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
No comments:
Post a Comment