Pages

Friday, August 31, 2012

Tukar Bendera Malaysia ~ Siapa Dalangnya?

Cuba tengok betui-betui logo dibawah tu, logo siapa?
BELUM apa-apa lagi ketua Pembangkang, DS Anwar Ibrahim @ 'sesumpah' sudah mengelabah. Disoal oleh seorang pengikutnya di lama sosial twitternya, Anwar menafikan sekeras-kerasnya penglibatan pembangkang yang dikatakan sebagai 'dalang' dan bertanggungjawab berhubung penyebaran risalah menukar 'Jalur Gemilang' di ambang Malaysia menyambut HARI KEMERDEKAAN KE-55. Malah, ketua pembangkang itu dalam nada tegasnya menempelak pihak yang mengaitkan perbuataan berkenaan dengan gabungan parti pembangkang. Boleh percaya ke kata-kata sesumpah ni?

Anwar juga berkata, tiada keputusan seumpamanya itu dibuat oleh Pakatan Rakyat. Jadi mengapa harus di putar belitkan, katanya dengan penuh geram. Ini, katanya, mesti ada pihak tertentu yang cuba memburukkan nama pembangkang. Dah tentu katanya permainan ini dilakukan oleh Umno. Umno lagi. Lagi Umno. Tapi...IBM rasa hairan juga, tiada sepatah pun perkataan yang dikeluarakan oleh pemimpin Umno atau menuduh bahawa penyebaran risalah menukar Jalur Gemilang itu di dalangi oleh pembangkang, jadi kenapa tiba-tiba Anwar  pulak yang mengelabah dan naik angin? Macam nak cover line je.

Lihatlah betapa gembiranya mereka dengan bendera baru rekaan pembangkang. Apa anda semua pun setuju bendera lama di tukar kepada yang itu?
Lagi pun, IBM  bukan nak menuduh ye, tapi..jelas di bahagian bawah risalah itu dicetak dengan logo kemerdekaan yang digunapakai oleh pembangkang dengan tema 'sebangsa, senegara, sejiwa'. Jadi, secara lojiknya, pembangkanglah yang empunya angkara. Takkan le Umno pulak yang nak cetak. Tak ada maknanya. Buang masa je. Kalau kita lihat bendera yang mereka reka untuk di ubah, alangkan malunya kita rakyat Malaysia. Miripnya seperti bendera kepunyaan republik Singapura dan Indonesia.  Aduh!!...malunya.

Ada macam muka budak-budak Umno ke depa ni?...cuba tengok betui-betui
Dan cuba lihat gambar di atas tu, anak-anak muda yang berangsa melayu dengan tiada rasa malu, segan, malah bangga pula dengan bendera baru yang mereka pegang. Takkan mereka-mereka tu budak-budak dari Umno kot? IBM percaya budak-budak Umno tidak akan buat sedemekian rupa. IBM tahu hati dan budi mereka. Kesimpulannya, sekiranya Anwar menuduh bahawa itu kerja Umno, kamu silap Anwar. Rakyat seluruh negara sudah masak denga perangai dan kerenah kamu. Gelaran 'sesumpah' yang mereka berikan pada kamu itu, amat-amatlah sesuai. 

Oleh itu, IBM mengajak para pembaca sekalian supaya berfikir, berfikir dengan sewaras-warasnya dan nilaikan siapa pembangkang itu sebenarya. Mereka sanggup mencemarkan keadaan semasa kita bersiap-sedia untuk meraikan di ambang kemerdekaan. Tiba-tiba mereka muncul dengan si tua bangka yang bergelar 'sasterawan negara', iaitu Pak Samad dengan di temani oleh si 'ayam betina tua' yang dah tak laku. Marina Chin namanya, mengajak rakyat berdemo dan bersajak. IBM tak faham..betui tak faham. Apa lagi tuntutan kepada kerajaan yang mereka nak?

Mereka ni betui-betui dah gila. Elok le mereka ni di tangkap dah di hantar ke Tanjung Rambutan dan di Tampoi kerana di situlah tempat yang sesuai bagi mereka-mereka ini yang sudah pandai menderhaka kepada raja dan negara dan langsung tidak menghormati dan mengerti apa itu erti KEMERDEKAAN. Sedih, memang sedih. IBM pun sama. ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

4 comments:

  1. Yaaa sayang UmNO selamanya, tapi jika peristiwa begini berlaku lagi dua tiga kali, maka sayang mungkin akan bertukar meluat.... Meluat kerana kerajaan umpama kucing betina berhadapan naga... Terutaman menteri KDN, kini kebanyakan penyokong kerajaan bersedih dgn kelembutan menteri kdn menghadapi kelakian pembangkang... Saya juga turut bersedih... Hendaknya syed hamid kembali sebagi menteri KDN.....

    ReplyDelete
  2. Salam bro nonbal,

    Sabo...sabo. Masih ada masa lagi. Masih ada ruang utk di perbetulkan. Kita tunggu lepas PRU ke-13 nanti. Mungkin DS Najib akan membuat satu perubahan. Memang betui, org dah meluat pada si Hishamuddin ni. Asyik amaran, amaran demi amaran. Tapi.....result?...zero.

    Hanya, kita org Umno ni, kena kuatkan semangat, rapatkan barisan, jgn ada yg dengki-mendenki antara kita. Insyallah kita kan beroleh kejayaan. Itu pesanan dan amanat dari PM kita. ~ IBM




    ReplyDelete
  3. Kesian KDN.. nak larang tak boleh, bukan benda salah.
    Nampaknya kementerian pelajaran & Kem.Penerangan kena kuatkan usaha mendidik rakyat yg masih celaru tentang sejarah & undang2.

    ReplyDelete
  4. Ado bare I.S.A pakat dok mansuh......kalu tidok gak bawok 14 butir black maria isi penuh puok2 nih.....rigap perabih...baru kepalo dio tok brani nok ku'kok......

    Harap2 lepas nih tindakan yang lebih tegas buleh dibuat untuk menjaga ketenteraman, kemakmuran & kestabilan negara kita dari dipermainkan.....

    DAP....PKR....PAS....Apo2 pun hok soh & nyatonya ketiga2 nih tokleh paka blako....

    1. DAP - Pecahan dr PAP Singapura (amal kroni) parok la kito pro israel bro wei......

    2. PKR - Perjuangan utk individu (parti anok branok jugok)sekaro habuk...gilo ko nok jd PM....akan buat apa sajo utk cito2 dio....

    3. PAS - Kalu mulut huduh bui ko hok puok2 ni (Parti anok branok jugok doh...kroni la tu) mengata orang dio yang lebih....20thn dulu habih hok BN buat diklate diludah tok jik (tok betul blako)....skarang ado doh hok tok jik dok jilat balik....pikir2 la....

    ReplyDelete