Pages

Saturday, September 15, 2012

Amri 'Hero' Selangor!!


SEMBANG-SEMBANG BOLA PIALA MALAYSIA :

SKUAD Gergasi Merah, Selangor memastikan ‘misi 33’ terus membara apabila menyambar slot ke suku akhir saingan dengan penuh bergaya selaku juara Kumpulan D selepas menewaskan Sarawak 2-0 dalam aksi terakhir peringkat kumpulan kempen Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, malam tadi. Amri Yahyah muncul wira Gergasi Merah apabila meledak kedua-dua gol pada minit ke - 66 dan 73, sekali gus mengesahkan status Selangor selaku juara kumpulan dengan 13 mata. Turut mengiringi Selangor ke suku akhir ialah naib juara kumpulan, Pahang yang dikejutkan dengan kekalahan 2-3 oleh T-Team di Stadium Darul Makmur, Kuantan dalam satu lagi aksi Kumpulan D malam tadi.

AMRI menjaringkan kedua-dua gol Selangor pada aksi menentang Sarawak di Stadium Shah Alam malam tadi. Selangor menang 2-0.

Pada suku akhir nanti, Selangor bakal berdepan Johor FC sementara Pahang menanti kunjungan juara Kumpulan A, Lions XII. Di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, kejayaan dramatik juara Liga Super dan Piala FA 2011, Kelantan juga tidak kurang hebat apabila berjaya muncul juara Kumpulan B sebaik ‘mengerjakan’ Terengganu 6-1. Ia ekoran satu lagi pasukan, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sekadar seri 2-2 ke atas Kedah di Stadium Selayang malam tadi. Gol kemenangan Kelantan dicetak oleh Afiq Azmi (minit ke-13), Nor Farhan Muhammad (28 dan 47), Mohd. Badhri Radzi (76 dan 81) sebelum Indra Putra Mahayuddin melengkapkan kemenangan bergaya tuan rumah sementara gol sagu hati Sang Penyu pula diledak Mohd. Asmizan Kamaruddin pada minit ke-84.
Biarpun berkongsi 11 mata dengan ATM, The Reds Warriors muncul juara kumpulan hasil perbezaan jaringan dan bakal membuat perhitungan dengan Felda United dalam aksi suku akhir nanti. Skuad kendalian B. Sathianathan pula berdepan tugas getir apabila berdepan juara bertahan, Negeri Sembilan yang muncul juara Kumpulan C. Terengganu selaku finalis Piala Malaysia 2011 pula boleh mengucapkan ‘selamat tinggal’ apabila terperosok di tangga tercorot kumpulan dengan sekadar mengutip empat mata. Di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Negeri Sembilan nyaris berputih mata dalam usaha menyambar slot suku akhir apabila sekadar seri 1-1 dengan pasukan berstatus kelab, Felda United.

Skuad pelawat terlebih dahulu di depan seawal minit ke-17 menerusi jaringan Farderin Kadir sebelum Effa Owana menyelamatkan maruah tuan rumah apabila berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-76. Begitupun, skuad kendalian Azraai Khor Abdullah sewajarnya ‘berterima kasih’ dengan kejayaan Perak yang berjaya mengejutkan pasukan di tangga ketiga, Sime Darby dengan keputusan 2-0 di Stadium Perak, Ipoh dalam satu lagi aksi kumpulan. Dengan keputusan itu, Sang Rusa yang mengutip 10 mata muncul juara kumpulan, tiga mata di depan Felda United yang turut mara ke suku akhir sekali gus memadam cabaran Sime Darby dan Perak yang masing masing berkongsi enam mata.
Di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, kejayaan Johor menewaskan PKNS 2-0 dalam aksi Kumpulan A bagaikan tidak membawa sebarang makna apabila gagal menyambar slot suku akhir. Ia ekoran ‘adik’ mereka, Johor FC berjaya mengikat Lions XII dengan keputusan seri tanpa jaringan di Stadium Jalan Besar, Singapura. Dalam perlawanan malam tadi, kedua-dua gol Jengking diledak oleh penyerang import, Muriel Juan Orlando. Dengan keputusan itu, Lions XII dan Johor FC yang berkongsi sembilan mata mara ke suku akhir, mengatasi Johor yang mengutip lapan mata sementara PKNS sekadar mengutip lima mata. Perlawanan suku akhir pertama dijadualkan bermula pada 28 September ini.
___________________________________________________________________________________________
IBM rasa lega bila Selangor menang pada malam ini sekali gus mengunguli kumpulan D dan akan bertemu Johor FC di peringkat suku akhir. Sama-sama kita mendoakan agar Selangor terus mara ke-final dan misi '33' mereka akan berjaya. Insyallah. ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

1 comment:

  1. ((Take Note)) too : Ulasan Yang Teramat Bodoh Dan Benggong Dari Kump. Anak2 Muda Keluar UMNO :

    Inilah suara pencacai yang di beli oleh Pakatan Haram. Membuat tuduhan yang tidak berasas. Membesar semasa pemerintahan BN, hidup senang semasa pemerintah BN. Apa nak jadi dengan si penulis ni. Kepala dah biol dan otak dah kuning bak kumpulan BERSIH. Dasar tak reti di untung.

    Pesanan IBM kepada si penulis ni. Kalau dajh tak suka pada negara ini, nyahhhhh kamu dari bumi yang tercinta ini. Bumi ini dicipta oleh Allah swt bukan utk rakyat yg tak mengenang budi seperti kamu, dan juga bukan untuk peliwat, pengkhianat pada bangsa dan negara.

    Oleh itu, IBM menyeru kepada semua rakyat, khususnya rakyat negeri Selangor, jom kita tolak Pakatan Haram, pakatan yang akan memusnahkan bangsa dan negara. Menyokong BN bererti membina kekuatan diri dan menaikkan ekonomi kita sendiri. SAYANGI SELANGOR YAKINI BN. Kita humban pakatan Haram.

    ReplyDelete