Pages

Sunday, September 9, 2012

Apa Sudah Jadi Ni?..5 Ratus Ribu Ahli Umno Masih Belum Daftar Sebagai Pengundi, Salah Sapa??


INI bukan perkara main-main. Kenapa boleh jadi begini ?. Dan pulak jumlahnya bukan sikit-sikit. Habis, macam mana kita nak menang di PRU ke-13 nanti?. Bagi pandangan serius IBM, ini amat-amat di kesali. Salah siapa? Elok benarlah semalam,  Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal mendedahkan bahawa terdapat kira-kira 500,000 ahli parti tersebut di seluruh negara masih belum mendaftar sebagai pengundi.
Mohd. Shafie berkata, ia merupakan jumlah yang besar dan berharap UMNO bahagian dapat memainkan peranan dalam memastikan ahli-ahli mendaftar bagi membolehkan mereka layak mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13). IBM memang sokong akan apa yang disarankan  oleh DS Mohd. Shafie itu. UMNO bahagian kena berbuat sesuatu. Tak boleh perkara ini dipandang ringan.
Jelasnya lagi, usaha berterusan oleh jentera UMNO dalam memastikan kesemua ahli berdaftar sebagai pengundi mampu membawa kejayaan kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada PRU ke-13 nanti. Tak guna sekirannya mereka hanya setakat menjadi ahli UMNO, tapi tidak pernah mengundi. Amat-amatlah rugi, kata Shafie.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin dan ahli UMNO Bahagian Pengerang yang turut dihadiri Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said. Oleh itu, kepada semua UMNO bahagian di seluruh negara, pastikan perkara dapat di atasi dan cepat-cepat daftar mereka ini, walaupun untuk mengundi di PRU ke-13 nanti dah terlambat, tapi..untuk jangka masa panjang, mereka-mereka ini harus di daftarkan.

Itu pandangan ikhlas dari IBM. Maaf lewat buat enteri, kerana IBM kurang sihat dua tiga hari ini. Mohon diri untuk berihat buat seketika. Dari saya ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBCA

4 comments:

  1. Salam Bro. Sudah tentu ini salah orang yang menjaga keahlian UMNO di setiap bahagian dan cawangan UMNO yang tidak mengambil berat tentang mendaftarkan ahli UMNO sebagai pengundi.

    ReplyDelete
  2. Minta maaf nak kata, tapi ni memang silap pengurusan keahlian UMNO. Takkan daftar ahli tak daftar terus sebagai pengundi? kalau 500 ok lagi... ni setengah juta...! takut-takut rugi setengah juta undi UMNO nanti... setengah juta suara tu boleh wakili puluhan kerusi parlimen @ DUN...

    ReplyDelete
  3. W'kumusallam brio admin jakamas,

    Betul tu. IBM setuju. Kalau semua pegawai2 Umno di peringkat cawa dan Bhg prihatin, sudah tentu perkara ini tidak berlaku. Harap selepas ini, jgn berulang perkara yg sama. Cepat2 bertindak sebelum terlambat. yang rugi Umno itu sendiri.

    ReplyDelete
  4. Salam Prince Righty,

    Memang betul apa yg bro katakan. Bukan sikit, tapi setengah juta. Ianya boleh memudaratkan parti UMNO itu sendiri.

    Jgn diulangi lagi perkara yg sama. Teruskan mendaftar mereka ahli2 Umno yg telah mencapai 21 tahun....undi mereka amat2 penting utk servival Umno.

    ReplyDelete