Azlan (kanan) Menyerahkan Borang Menyertai Umno Kepada Kamaruddin (kiri) Ketika Mesyuarat Perwakilan Pemuda Umno Bahagian Segmat, Ahad Lalu.
RAMAI pencacai-pencacai pakatan haram hari ini menyuarakan geram mereka, dan ramai yang merah mata apabila mendapat berita pemain Skuasy negara, Azlan Iskandar menyertai Umno. Bermacam-macam tomahan, dan juga andaian negatif yang mereka lamparkan kepada Azlan. Ada yang kata, sukan squash bukanlah sukan yang popular sangat. Permainan tersebut mengikut kata mereka adalah pemainan bodoh yang di adakan didalam cermin yang mereka samakan dengan kandang monyet. Siol punya pembangkang.
Bagi IBM, itulah satu kenyataan yang amat-amat bodoh, otak senget dan orang yang tidak mempunyai pelajaran. Memang biol punya manusia. Mereka-mereka ini telah di latih oleh 'punahsihat' pakatan haram, Anwar Ibrahim supaya membuat provokasi seperti itu bagi tujuan melemahkan semangat anak-anak muda untuk menyertai Umno. Mereka ni dah kehilangan modal. Mereka (Pembangkang) sudah mula takut dengan bayang-bayang mereka, kerana genarasi muda sekarang ini seperti Iskandar, sudah mula mengorak langkah dan menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN) yang di dokongi oleh DS Najib Tun Razak.
Tanpa merasa tertekan, pada Ahad lepas, pemain skuasy negara, Mohd Azlan Iskandar mengambil keputusan menyertai Umno, sekali gus dia adalah atlet ternama negara menyertai parti politik (Umno). Tahniah Iskandar!. Azlan menyerahkan borang keahlian Umno semasa Mesyuarat Perwakilan Pemuda Umno Bahagian Segambut pada Ahad lalu. Azlan sempat di tanya kenapa dia memilih untuk menyertai Umno. Katanya, dia percaya dengan kepimpinan Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak dan percaya dengan sistem kerajaan yang sedia ada.
Katanya lagi, penyertaan ini adalah dari dia sendiri dan tidak dipengaruhi oleh sesiapa-siapa. Malah katanya, orang ramai telah mengenali beliau. Azlan amat gembira kerana di PRU yang akan datang ini, dia akan dapat mengundi dan menjalankan tanggungjawab dia untuk memilih kerajaan mana yang akan menerajui negara. Sementara itu, Ketua Umno Bahagian Segambut, Datuk Kamaruddin Ambok, mengalu-alukan penyertaan golongan muda untuk menyertai Umno terutamanya golongan profesional.
Katanya, pihak Umno tidak menawarkan apa-apa, kerana penyertaan Azlan adalah atas dasar diri sendiri, tidak dipaksa dan dia sendiri mahu berkhidmat dalam Umno. Ini, katanya, akan menjadi ikutan golongan muda yang lain. Jesteru, inilah yang membuat pembangkang begitu gusar dan cuba sedaya upaya mereka untuk menghalang generasi-genarasi sekarang untuk tidak menyertai Umno. Bermacam-macam kaedah mereka gunakan untuk membutakan mata golongan muda untuk menanam dendam dan kebencian kepada kerajaan sekarang.
Tapi...IBM percaya, bukan semua generasi muda terpedaya dengan hasutan pembangkang itu, cuma segelintir je. Itu pun yang telah dibayar dengan wang. Biasa le pembangkang. Wang dah jadi senjata mereka untuk mengaburkan mata generasi muda sekarang ini. Sampai bila?.......anda jawap le sendiri. Ikhlas dari saya ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
No comments:
Post a Comment