Pages

Saturday, September 1, 2012

Berhati Perut Juga Puak-Puak PKR Ni Ye....Atau Lakonan Je Kot.....

LAGI  cerita tentang perbuatan biadap segelintir kumpulan yang ingin mengubah bendera 'jalur gembilang' yang mirip kepada bendera Republik Singapura dan Indonesia pada ambang Hari Merdeka.  Setelah di hentam dan  dibidas pelbagai pihak, barulah pembangkang bersuara. PKR dalam kenyataan terbukanya hari ini membidas tindakan sekumpulan orang yang tidak bertanggungjawab melakukan kebiadaban terhadap bendera yang seakan menyamai Singapura dan Indonesia serta perbuatan memijak gambar Perdana Menteri dan isterinya.(gambar dibawah)

Menerusi Timbalan Presidennya, Azmi Ali, PKR begitu kesal di atas kejadian tersebut dan mereka berjanji akan mengambil tindakan untuk menyiasat perkara yang tidak patut dilakukan, tambahan lagi dalam sambutan Kemerdekaan. Mereka, kononnya menolak sekeras-kerasnya perkara tersebut dan akan menghalang cubaan yang memberi gambaran yang tidak baik terhadap negara. Aduhai....baiknya hati si Azmin ni. Betul ke tu Azmin, atau itu hanya sendiwara dan lakonan korang je? Korang kan terkenal dalam hal-hal seperti itu. Lagi pun semalam, boss ko tiba-tiba je melenting menafikan perlibatan PKR dalam isu ini. Kenapa harus di melenting, sedangkan tiada satu kenyataan dari pemimpin-pemimpin kami yang menuduh itu adalah perbuataan PKR. Cuma korang je yang selalu membuat tuduhan terhadap UMNO.

Lagi satu yang IBM rasa KDN harus bertindak ke atas beberapa individu yang membawa 'bendera baru' yang kononnya tidak bersetuju dengan Jalur Gemilang yang sedia ada pada ambang Hari Merdeka di Dataran Merdeka pada hari itu. Persoalannya, mereka-mereka itu mewakili siapa?. Mereka-mereka itu harus di panggil dan disoal-siasat oleh polis. Muka mereka jelas terpampang di akhbar-akhbar dan blog-blog, tiada sebab mengapa  pihak polis tidak boleh bertindak dan mengesan mereka. 

Negara kita ada undang-undang. Jika terdapat puak-puak atau anak-anak muda yang begitu berani dan biadap, IBM anggap mereka ini adalah 'musuh dalam selimut' yang akan bergerak dan menghura-harakan negara. Dan IBM positif, ada dalangnya di belakang. Cuma polis kenalah tingkatkan usaha dan carilah bahan-bahan bukti untuk mengheret mereka-mereka ini ke muka keadilan. Jika mereka betul-betul terlibat, lucutkan kerayataan mereka. Biar mereka berhijrah ke Singapura dan Indonesia. Di sana nanti mereka akan tahu, negara mana yang lebih baik dan selamat untuk di duduki.

Kepada generasi muda, jangan terlalu ghairah mengikut dan mendengar hasutan dari pihak pembangkang. Gunakan pemikiran yang waras, kerana berfikir sejenak akan membawa kepada perubahan. Selamat beramal. Ikhlas dari saya ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

1 comment:

  1. budak2 kecik keluar umno masuk pakatan jadi setan. tu yg terberak tercirit tengah jalan tak reti malu. asal keluar umno je terus jadi bingai & bangang tak tentu hala. elok sgt la perangai pijak2 gambar pemimpin. kalau belum jadi kerajaanpun perangai mcm iblis, selisih malaikat 44 utk dipilih jd kerajaan. jadi kerabelaan je yg boleh. ada faham?

    ReplyDelete