SETELAH berjaya membongkar isu National Feedlot Corporation (NFC) yang membabitkan bekas Menteri Datuk Seri Shahrizat Jalil, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menggangapkan ia adalah kejayaan besar PKR dan strateginya menjadi untuk menjatuhkan pemimpin Barisan Nasional (BN). Di atas kejayaan tersebut, si Rafizi terus menabik dada dan bongkak. Menggangapkan itu satu kejayaan, terkini, dia beraleh pula ke Selatan tanah Air, iaitu ke Negeri Sembilan.
Menurutnya, dia akan membuat satu 'pendedahan baru' dalam tempuh 2 minggu ini iaitu dakwaan skandal melibatkan Datuk Seri Mohamad Hassan atau dikenali dengan panggilan Tok Mat Hassan, Menteri Besar Negeri Sembilan. Kenyataan itu dibuat semalam ketika dia berucap di dalam majlis makan malam PKR di Seremban. Rafizi menyifatkan perkara itu sebagai "berita baik" kepada pemimpin pembangkang dan penyokong Pakatan Rakyat. Berita baik 'kepala hanguk ko'.
Apa isu/skandalnya tidak dijelaskan, tapi tunggulah 2 minggu lagi, kata pakar strategi PKR itu. Nampaknya strategi PKR sejak kebelakangan ini mencari isu yang bukan-bukan terhadap pemimpin-pemimpin BN, IBM anggap adalah strategi yang dah lampuk dan strategi mereka adalah merupakan strategi pilihan raya (PRU). Si Rafizi ni dah ketandusan idea, kehabisan modal, maka dia korek sana, korek sini nak mencari simpati rakyat untuk membenci kepimpinan Barisan Nasional (BN)
Kepada Rafizi, IBM cuma nak beri tahu. Kes ko yang berkaitan dengan skandal NFC yang ko dedahkan itu masih belum selesai. Mahkamah beri kelongaran pada ko. Tapi..tunggu selepas pilihan raya nanti. Kepada Tok Mat Hassan, kalau benarlah perkara ini berlaku, bersedialah untuk menangkis segala fitnah, tomahan yang akan dibuat oleh pakar strategi PKR yang benggong lagi memualkan. Jika perkara itu tidak benar dan fitnah semata-mata, jangan lupa giliran Tok Mat Hasan pulak membalas. Saman, jangan tak saman. Biar dia merengkok dalam penjara.
Orang seperti Rafizi ni yang telah di didik dan di asuh oleh ketuanya, memang sentiasa buat hal dan cari pasal. Apapun kita tunggu perkembangan selanjutnya. Kata Pakar strategi PKR tu 2 minggu. Kita tengoklah nanti. Kepada Tok Mat Hasan, ini adalah strategi pakatan haram untuk menumbangkan Umno/BN Negeri Sembilan, kerana negeri 'hobeng jang hobeng' ini adalah termasuk didalam senarai negeri yang akan mereka tawan di PRU ke-13 nanti. Kepada pakatan haram, jangan berangan le korang. Bermimpi di siang hari? mungkin!! Sekian dari saya ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
No comments:
Post a Comment