Pages

Monday, September 17, 2012

Tok Mun Tak Putus Asa. Tewas Di PRU Lalu Masih Nak Bertanding Lagi

MASIH ingatkan anda semua pada Tok Mun atau nama sebenarnya Maimunah Yusof? IBM rasa rakyat negeri Terengganu masih ingatkan pada Tok Mun yang mengemparkan seluruh negeri Terengganu apabila beliau mengumumkan untuk bertanding di PRU ke-12 yang lalu mengunakan tiket calon bebas. Tapi....sayangnya Tok Mun tewas dan hilang wang pertaruhan.

Kekecewan yang Tok Mun alami pada PRU yang lepas, tidak mematahkan semangatnya. Beliau ingin bangkit, tanpa rasa gentar ingin mencuba lagi dan berhasrat untuk bertanding pada PRU ke-13 nanti. Kali ini di peringkat DUN pula. Tapi, katanya mungkin hasratnya itu terhalang, kerana sukar untuk mendapatkan penyokong dan pencadang untuk membolehkan beliau bertanding pada pilihanraya umum yang akan datang. Terlalu ramai penyokong 'dacing' katanya.

Basikal Tua Inlah Yang Dijadikan Transport Oleh To Mun Semasa Pergi Berkempen Di PRU Yang Lalu.

IBM masih ingat lagi, mungkin juga anda semua juga ingat, pada pilihan raya umum 2008, Tok Mun bertanding di kerusi Parlimen Kuala Terengganu menentang calon Barisan Nasional (BN), Allahyaraham Datuk Razali Ismail dan calon Pas, Mohamad Sabu. Bagimanapun, Tok Mun yang bertanding sebagai calon bebas yang mengunakan lambang 'kunci' tewas kepada calon BN apabila sekadar memperolehi 685, hilang wang pertaruhan.

Tok Mun yang bertanding sebagai calon Bebas bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu membuang undi pada PRU12 lalu di Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Sulaiman 1, Kuala Terengganu

Di dalam laporan sebuah akhbar tempatan baru-baru ini, Tok Mun dikatakan akan bertanding di kerusi DUN pada pilihan raya umum akan datang dan telah ke Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mendapatkan maklumat bagi persediaan menghadapi pilihan raya. Ditanya sebab beliau beria-ia nak bertanding, sedangkan beliau sendiri adalah penerima bantuan JKM, jawab beliau, kerana amanah untuk mempertahankan tanah air dan Islam. Cayalah Tok Mun.

Kalau gitu, IBM cadangkan agar pembangkang, terutamanya Pas, pelawalah Tok Mun  tu. Kesian dia. Semangatnya begitu tinggi, berkobar-kobar, tak kan Pas tak nak terima calon yang seperti Tok Mun tu?. Siapa tahu mungkin Tok Man adalah 'winnable candidate'. Pas jangan pandang rendah akan kebolehan Tok Mun tu. IBM kan apa, cuma mencadangkan saja. Hehehehe....terpulanglah pada Pas. Jangan mare. Sekian  ~ IBM

~ BARISAN NASIONAL UNTUK SEMUA ~

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

No comments:

Post a Comment