Pemandangan di Stadium Nasional Bukit Jalil. Perhimpunan Merdeka 55 Tahun: Janji Ditepati sedang berlangsung.
Orang ramai yang sesak tiba di setesen LRT Bukit Jalil untuk ke Stadium Nasional Bukit Jalil petang ini bagi memeriahkan sambutan ke 55 tahun Merdeka.
Orang ramai yang sesak tiba di setesen LRT Bukit Jalil untuk ke Stadium Nasional Bukit Jalil petang ini bagi memeriahkan sambutan ke 55 tahun Merdeka.
LEBIH 100,000 orang sudah memenuhi Stadium Nasional Bukit Jalil sehingga kira-kira pukul 7.45 malam ini bagi memeriahkan Himpunan Merdeka 55: Janji Ditepati sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 tahun ini. Merah mata pembangkang dibuatnya. Mereka betui-betui jelous dan ada yang kata (penyokong pembangkang) yang datang tu telah dibayar dan kerana nak menang hadiah yang disediakan oleh pihak penganjur. Ada jer provokasi yang nak mereka cetuskan.
Di khabarkan, ribuan lagi berasak-asak untuk masuk ke dalam Stadium bagi menyaksikan perhimpunan kemerdekaan yang pertama kali diadakan pada waktu malam. Himpunan Merdeka yang dihadiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dn pemimpin negara akan dimulakan dengan pengumuman acara 'Tweet' paling banyak dalam masa sejam di Malaysia pada pukul 8.15 malam oleh Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.
Tak ada pulak pengacau dan pencacai lalat 'kuning' datang mengacau untuk berdemo dan bawa bendera baru yang mereka reka mengantikan bendera yang lama. Baru memerintah di beberapa negeri je dah tunjuk lagak. Semuanya mereka nak tukar. Memang dasar pembangkang hati busuk, dengki dengan pencapaian yang dibuat oleh Barisan Nasional (BN). Maka, jelas bahawa rakyat senang dengan pentadbiran DS Najib kerana beliau betul-betul mementingkan rakyat dan Janji Ditepi.
IBM rasa, penasihat pakatan Rakyat, Anwar Ibrahim mesti tak tidur lena. Apa tidaknya, hari ke hari sambutan dan sokongan rakyat kepada DS Najib meningkat. Berbeza pula dengan sambutan hari kemerdekan di peringkat negeri Selangor yang turut dihadiri oleh ketua pembangkang, Menteri Besar dan serta semua exco negeri. Tapi.....sambutannya begitu mengecewakan. Hambar....cuma yang hadir tak sampai 2 ribu orang. Dah pasti mereka nafikan.
Apapun, tahniah kepada penganjur dan kepada rakyat sekalian, teruskan memberi sokongan pada Perdana Menteri kita dan Barisan Nasional (BN). Insyallah...transformasi dan Janji Ditepati akan berterusan demi untuk rakyat semua. Ikhlas dari saya ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA.
No comments:
Post a Comment