Pages

Sunday, February 17, 2013

4 Langkah Bela Tentera??.....Awas!! Satu Lagi Penipuan Besar PR....


UNTUK menang pilihan raya umum ke-13 ini dan merampas Putrajaya dari tangan Barisan Nasional (BN), macam-macam cara dan gaya  serta strategi yang pakatan rakyat (PR) cuba lakukan. Mereka turun padang, hasut rakyat, fitnah pemimpin-pemimpin kerajaan yang ada sekarang. Kononnya mereka jelah yang betul, merekalah pembela rakyat dan merekalah juara rakyat dan entah apa lagi. Maka, kita dapat mendengar dan melihat sendiri segala strategi yang PR cuba lakukan bagi mendambat hati rakyat dan sekali gus mengharapkan sokongan padu rakyat tehadap mereka. Tapi.....bolehkah??.....

Pakar strategi pakatan rakyat dari parti PKR, Rafizi Ramli siapa tak kenal si Rafizi jambu ni ye, sebagai pengarahnya, telah membuat strategi demi strategi. Terbaru, beliau mengheret bekas anggota angkatan Tentera, termasuk beberapa pegawai tertinggi tentera yang telah bersara untuk menyertai Pakatan Rakyat bagi menentang kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dikatakan tidak menjaga kebajikan anggota tentera dan pegawai-pegawai yang telah bersara.

Maka, timbulah strategi baru yang diilhamkan oleh si Mat jambu ni, Rafizi. Janjinya, akan menaikkan pencen sebanyak 5% sekiranya Pakatan menang pada PRU ke-13 yang akan datang ini. Nak tahu lebih lanjut klik disini. Itulah janji-janji dan strategi yang telah dirancangkan oleh Pakatan melalui pengarahnya strateginya, Rafizi Ramli. Berjaya atau tidak, itu perkara kedua, yang penting rakyat mesti di pecah-belahkan oleh pembangkag, termasuklah para anggota tentera yang tidak berdosa ini.


Seterusnya, ada lagi  janji-janji dan strategi yang Pakatan telah rancangkan untuk anggota Tentera dan Pegawai-pegawainya yang telah bersara. Cerita dan strateginya berbeza sikit. Al-maklumlah, itulah cara Pembangkang meneruskan usaha mereka untuk menang di PRU yang akan datang sekali gus memerintah negara. Kata mereka, ada 4 langkah cara membela anggota Tentera, tapi mesti sokong Pakatan Pembangkang bagi menumbangkan BN di PRU ke-13 nanti. Nak tahu apa 4 langkah tersebut?......klik disini, korang akan tahu apa 4 langkah tersebut. 

IBM yakin, itu bukanlah satu strategi yang bagus, dan IBM juga percaya strategi tersebut akan memakan diri sendiri (pembangang). Bukan semua anggota Tentera yang mempunyai sikap sedemekian yang tidak puas hati dengan kerajaan sekarang, mungkin ada, tapi bilangannya amatlah kecil sekali. Dan...pegawai-pegawai Tentera yang dikatakan telah menyertai Pakatan dan berkempen untuk mereka, adalah pegawai-pegawai yang kecewa kerana adalah yang mereka hajati tu tidak dapat di perkenakan oleh kerajaan. Normal le tu.

Merajuk, kecil hati dan berbagai-bagai lagi perasaan terkeluar dari hati mereka. Maka untuk mencari jalan yang mudah, mereka menyerah diri dan mengadu kepada pembangkang kot-kot nasib atau peminataan mereka akan di bela. Jangan beranganlah. Semuanya itu adalah janji-janji palsu dan pembohongan besar yang Pakatan lakukan. Memang terinaya anggota Tentera ni. Apapun kita tunggu dan lihat, apakah kesudahan episod anggota-anggota Tentera dan pegawai-pegawainya yang menyerah bulat-bulat nasib mereka kepada Pembangkang. Tunnguuuuuuuuuuuuuuu!. Sekian dari saya yang benar ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

No comments:

Post a Comment