Pages

Thursday, February 7, 2013

Akhirnya Ustaz Nasha Terima surat 'cerai' Dari Pas!!



AKHIRNYA kemelut politik  diantara Ustaz Nashaaruddin dengan Pas berakhir. Sah, sah Ustaz Nasha telah diceraikan oleh Pas. Beliau membuat pengakuan bahawa beliau telah menerima surat 'pemecatannya' sebagai Ahli Majlis Syura Ulama Pas. Beliau akur dengan keputusan tersebut. Telik punya telik,  dan setelah memahami isi kandungan surat tersebut, al-maklumlah penyebabnya beliau di pecat. Rupa-rupanya di sebabkan kononnya beliau tidak berdisplin dan bertindak tanpa merujuk kepada pucuk pimpinan parti yang mana ianya di anggap bertentangan dengan peraturan parti. Derhaka le konon. Alahai!..senangnya alasan Pas ni ye.

Ini le agaknya surat yang Ustaz Nasha terima tu. Important!! (gambar Hiasan)

Tapi, bagaimana pula dengan keahlian Ustaz Nasha sebagai ahli Pas, adakah beliau masih menjadi ahli Pas?. Ini yang menjadi teka-teki dari ahli-ahli Pas yang lain. IBM pun dah dengar dengan telinga IBM sendiri. Ada dikalangan ahli-ahli Pas yang tidak puas hati dan menyuruh Ustaz Nasha terus keluar dari Pas. Ini dah tentu dikalangan ahli-ahlinya yang dah sesat, disesatkan oleh Pok Nicky dan Hadi Awang. Konfim punya.

Jesteru, ramai dikalangan pemerhati politik beranggapan bahawa tindakkan Pas itu dilihat sebagai satu tindakkan yang melulu yang menunjukkan Pas bukanlah sebuah parti yang berpandangan terbuka, tapi, dibayangi dan dihantui oleh pengaruh-pengaruh luar yang iri hati dengan kewibaan seseorng pemimpin Pas seperti Ustaz Nasha. Bagi mereka orang seperti Ustaz Nasha ini amat merbahaya, perlu di singkirkan segera. IBM percaya di antara dalangnya di atas pemecatan Ustaz Nasha ini adalah dari rakan kongsi Pas itu sendiri, siapa lagi kalau tidak PKR dan DAP.

IBM percaya, Ustaz Nasha tidak panik, tidak juga melenting. Itu adalah satu dugaan bagi beliau dan IBM juga dapat rasakan beliau tidak akan lekas putus asa. Beliau akan terus berjuang demi bangsa, agama dan negara walapun tanpa memegang apa-apa jawatan di dalam parti politik. Perjuangan harus di teruskan. Persetankan parti Pas tu Ustaz!!.

Tapi, kalau sunyi dan rindukan politik, Ustaz Nasha tahu kemana dia nak pergi dan parti yang mana harus dia sertai? Jawapan ada di tangan beliau.  Salam, salam 1 Malaysia dan salam sejahtera dari saya ~ IBM

~ PAS IS DEAD ~

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

No comments:

Post a Comment