Pages

Thursday, February 28, 2013

BOB LOKMAN PUN....NYANYUK..BAHLOL DAN SEWEL!!

BOB Lokman berucap di pentas ceramah Pas di Pasir Salak, Perak malam tadi. Dalam ceramah itu, Bob Lokman menyamakan program 'Janji Ditepati' BN sebagai lebih jahat daripada iblis

Pembangkang terutama Pas tidak sudah-sudah menyamakan kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan pelbagai gelaran hina yang bertentangan dengan ajaran Islam. Ia dimulakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyamakan pemberian Batuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) seperti 'memberi hampas kelapa dan jerami kepada ayam dan lembu', disusuli Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyamakan BR1M dengan apa yang pernah dilakukan oleh Firaun.

Malam tadi, bekas pelawak dan penulis lirik lagu, Mohd. Hakim Lokman, 47, atau Bob Lokman yang kini menjadi aktivis Pas menyifatkan program 'Janji Ditepati' kerajaan Barisan Nasional (BN) ketika ini "lebih jahat daripada iblis"Bob Lokman turut menyifatkan tindakan kerajaan terutama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menunaikan segala janji-janji kepada rakyat dalam program itu juga sama seperti perangai iblis . Bob mengibaratkan program murni itu dengan cerita iblis yang diusir Allah akibat enggan tunduk kepada Nabi Adam lalu meminta supaya diberi peluang melakukan godaan dan hasutan menyesatkan manusia dan janji itu ditepati iblis sehingga kini.

"Di sini saya nak bagi tahu disini betapa jahatnya Janji
Ditepati (program BN) ini. Bila mana iblis tak mahu tunduk kepada Nabi Adam, maka Allah SWT halau dia (iblis) dari syurga. Tapi, boleh dia minta dengan Allah untuk menyesatkan umat manusia yang merupakan anak, cucu, cicit Nabi Adam ini. "Itu sebablah semenjak hari itu hingga hari ini iblis menggoda dan menyesatkan manusia. Ini menunjukkan dia tepati janji. Jadi apa nak heran kalau tambah lagi seorang buat karnival pulak, lagi jahat dari iblis,'' katanya dalam satu ceramah yang dihadiri kira-kira 40 hadirin di Kampung Pulau Tiga di sini malam tadi.

Yang turut memberi ceramah ialah Ishak Shaari iaitu pemimpin yang disebut-sebut bakal calon Pas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kampung Gajah; Yang Dipertua Pas Pasir Salak, Muhaimin Sulam dan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Adam Adli Abd. Halim.

P/S ~ Kemana tumpah kuah kalau tidak ke nasi. Begitu juga lah dengan pencacai PAShit seko ni. Kalau tidak mencaci, maki-hamun, fitnah, bukan Pas namanya. Apa nak jadi le juak-juak Pas ni. Semkin ditegur semakin menjadi-jadi pulak. Nampaknya sudah ramai 'dajal' dari gulongan Pas ni yang merayap-rayap, berceramah walaupun tarikh PRU ke-13 belum diumumkan lagi oleh PM, termasuklah si Bob Lokme ni.

Nampaknya depa dah tak sabar-sabar untuk dihumban ke dalam longkang. Longkang kotor kan?....memang disitulah tempat mereka.  Jadi, apa patut korang semua buat pada PRU yang akan datang ini?....fikir-fikirkan dan.......RENUNG-RENUNGKANLAH ~ IBM

 TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA 

No comments:

Post a Comment