Pages

Tuesday, February 19, 2013

Gaduh...Gaduh Le Korang. Pakatan Johor Akan Hancuss!!

Karpal : Chua Jui Meng tidak boleh dipercayai...

[Pengerusi DAP Karpal Singh menyelar Pengerusi PKR Johor Datuk Chua Jui Meng, sekaligus memburukkan pertelagahan antara dua parti itu bersabit pengagihan kerusi untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Semalam Pengerusi DAP Johor Dr Boo Cheng Hau mengisytiharkan beliau tidak lagi dapat berkerjasama dengan Chua yang disifatkan angkuh dan tamak mencari kerusi selamat untuk bertanding di negeri itu. Karpal berkata tuduhan Boo itu akan disiasat namun menegaskan dakwaan terhadap Chua itu ada asasnya. “DAP memandang serius pendedahan yang dibuat oleh Pengerusi DAP Johor Dr Boo Cheng Hau.

"Sebuah siasatan menyeluruh akan ditubuhkan utuk mencari individu di belakang 'serangan hebat tidak dikenali' ke atas DAP dan mencari 'individu' dibelakang 'tabir' sebaik serangan ini," kata Karpal SINK. "Kredibiliti Chua Jui Meng mencurigakan. Pembabitan lama beliau dalam MCA dan kegagalan untuk menjadi Presiden parti itu pada tahun 2004 dan kegharahan untuk mencari kerusi Parlimen mendedahkan belang sebenar beliau, " kata karpal


Boo dalam kenyataannya menggesa Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail untuk mengambil alih kepimpinan PKR Johor sekaligus menyelesaikan kemelut yang melanda Pakatan Rakyat di negeri itu. Beliau berkata Chua selaku Pengerusi PKR Johor bersikap angkuh selain mengumumkan dirinya sebagai calon di Gelang Patah walaupun pembahagian kerusi masih di peringkat rundingan. 

Sehubungan dengan itu Boo menyifatkan Chua sebagai dalang yang membantutkan kerjasama antara PKR dan DAP di Johor. Dalam responnya semalam. Chua membidas Boo dan menyifatkan pemimpin DAP itu sebagai cuba membelakangkan keputusan yang dibut oleh pimpinan pusat Pakatan Rakyat.]

P/S : Jangan cari alasan le Karpal SINK oii. Di belakang tabir ke, di dalam tabir ke, apa yang penting korang memang dah tak sehaluan lagi. Korang bukanlah rakan kongsi yang tulin. Masing-masing nak tunjuk lagak, gila kuasa, semuanya ada di dalam kepala otak korang. Hancurlah korang nanti. Moga apa yang IBM katakan ini akan jadi kenyataan. Pembangkang akan HANCUSS!!. Sekian dari saya ~ IBM.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

No comments:

Post a Comment