(RUANG SUKAN) KITA SEMBANG-SEMBANG BOLA :
Penjaring gol pendahuluan Selangor, Forkey Doe....
Usaha Kelantan mempertahankan kejuaraan Liga Super semakin goyah apabila hingga kini hanya mencatatkan satu kemenangan selepas mengharungi enam perlawanan. Terbaru, skuad kendalian Bojan Hodak itu tewas kepada Selangor 0-2 di Stadium shah Alam, malam tadi untuk kekal di pertengahan liga dengan meraih enam mata.
Sebahagian dari penyokong-penyokong The Red Giant memenuhi Stadium Shah Alam malam tadi
Sebaliknya, Selangor muncul pendahuluan baru Liga super dengan mengumpul 13 mata, meninggalkan Pahang dengan (12) dan Angkatan Tentera Malaysia (10) yang akan turun beraksi malam ini. Pada perlawanan disaksikan kira-kira 25,000 penonton itu, pelawat jelas tanpa kehadiran perancang tengah dan kapten pasukan, Mohd Badhri Radzi yang hanya masuk sebagai pemain gantian pada awal babak kedua.
Sebahagian daripada penyokong-penyokong setia The Reds Warrior
Francis Forkey Doe meledk gol pertama apabila melonjak tinggi untuk menyumbat hntaran silang yang menewaskan Khairul Fahmi che Mat di gawang pada minit ke-13. Selepas itu giliran Ramez Dayoub pula menggandakan kedudukan apabila menanduk masuk sepakan percuma dari Mahali Jasuli pada minit ke-26.
Kelekaan pemain Kelantan terutamanya di barisan pertahanan yang diketuai pertahanan import dari Nigeria, Obina Nwaneri nyata membawa padah apabila membiarkan pemain tuan rumah meledak dua gol pada separuh masa pertama. Ketumpuan jentera serangan nampaknya masih menghantui Kelantan apabila penyerang termasuk Keita Mandjou gagal mempamerkan penyudahan tajam di samping mempersia-siakan beberapa peluang keemasan.
P/S ~ Tahniah Selangor!!. ada juga angin cepus-cepus daripada peminat bola sepak mengatakan permainan malam tadi memang rancak, tapi, tak ubah macam perlawanan adik-beradik. Maksud depa, PR lawan PR. Tapi, itu satu gurauan je kot. Hehehehe..jangan mare. Nanti lekas tua. Sekian dari saya ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
No comments:
Post a Comment