Pages

Wednesday, February 20, 2013

Manifesto Lama Pun Lunyai, Ada Hati Nak Perkenal Manifesto Baru. PENIPU!!...PUIII!!


MENGIMBAS KEMBALI!!.....HARAP PENGUNDI-PENGUNDI DAPAT BACA ARTIKAL INI SEBELUM TIBANYA PILIHAN RAYA UMUM KE-13 (PRU-13) DAN MASA MENGUNDI SUPAYA TIDAK DITIPU LAGI. SALAH PANGKAH BAHANA MENANTI KITA SEMUA.


[DENGAN lemah lembut dan terkemut-kemut, Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli (gambar bawah) petang tadi mengumumkan bahawa Pakatan Rakyat akan terkehadapan berbanding dengan BN apabila membentangkan “Manifesto Rakyat” minggu depan dalam mempersiapkan parti pembangkang menghadapi pilihanraya. Fuuhh..dahsyat wa cakap lu, Pakatan Rakyat perkenal manifesto pilihanraya ooii.

Confirm majlis memperkenalkan manifesto besok tu diadakan dengan penuh gilang gemilang di tempat yang mahal dan berstatus tinggi.  Silap-silap, ada roket angkasa (sumbangan NASA), turun dari bulan membawa skrol yang terkandung di dalamnya Manifesto Rakyat ini.

Lampu jangan cakaplah, bercahaya-cahaya dengan pelbagai kaler.  Semua pemimpin Pakatan Rakyat akan berada di atas pentas, megah memegang Manifesto. Anwar lebih bergaya, muka confident, yakin, bersemangat memperkenalkan manifesto, diiringi pulak kemudiannya dengan ucapan berapi-rapi yang hanya dia seorang faham.

Ya, ramai orang hanya kagum dengan gaya Anwar bercakap, bukan isi yang dicakapkan.  Buktinya, kalau ikut cakap, Selangor hari ini sudah menjadi negeri super duper maju, bangunan bukan mencakar langit tapi mencakar planet, lampu neon bukan buat terang jalan tapi terang kandang kambing sahaja, maju tak maju, kaya tak kaya. Tapi itu kalau ikut cakaplah. Masalahnya, mana ada pembangunan berlaku sekadar bercakap!!! Percayalah, gilang gemilang pelancaran Manifesto Rakyat ini pun akan kekal setakat itu sahaja, pelancaran.

Seperti mana yang berlaku sebelum ini, Pakatan haram memang hebat tang pelancaran, tapi bila tiba perlaksanaanbesok, nasib manifesto itu nanti lebih kurang sama dengan semua manifesto negeri-negeri Pulau Pinang, Kedah dan Selangor tahun 2008 dulu. Manifesto tinggal manifesto, malah ada pulak kenyataan dari Menteri Besar Selangor si Khalid gagap yang menjadi quote of the year sehingga sekarang, “Manifesto Bukan Perjanjian”!! Lihatlah macam mana berani pemimpin Pakatan menipu rakyat terang-terang.

Penulis sengaja tak sebut Kelantan sebab PAS negeri itu tidak ada dokumen yang layak dipanggil manifesto, ia lebih kepada statement yang tidak boleh nak diukur pencapaiannya.  Contohnya macam meningkatkan rohaniah, insaniah dan yang seumpama dengannya, nak ukur macam mana semua tu? Nasihat penulis kepada rakyat, bersedialah untuk ditipu sekali lagi dengan pengenalan Manifesto Rakyat ini nanti.

Tahun 2008 dulu, kita tidak ada contoh untuk dibuat perbandingan, tidak ada kerajaan DAP, tidak ada kerajaan PKR, yang ada hanya kerajaan PAS, di Kelantan. Berbanding sekarang, setelah 5 tahun, banyak yang nak dicakapkan tentang kegagalan puak-puak ini sebagai pemerintah.  Janji banyak tak tunai, rakyat saman kerajaan negeri (belum pernah berlaku dalam dunia), janji kalau ada yang dilaksanakan pun tak menyeluruh, bukan semua dapat (air percuma).

Tapi jangan terperanjat, dengan semua kegagalan itupun, Anwar masih ada hati nak lancar Manifesto baru!!!  Memang betul kata orang, Anwar muka buntut, dah tak kenal segan, dah tak kenal malu. Rakyat perlu ingat, ini Manifesto (apa pun namanya) tak boleh pakai sebab yang buat janji tu (Pakatan Rakyat) hantu, tidak wujud dan berdaftar secara rasmi.  Mana boleh percaya orang/pertubuhan macam ini!! Berbanding pulak dengan UMNO/BN.  Di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, janji dilaksanakan tanpa menungu manifesto, buka mulut jalan, buka mulut buat, buka mulut bina.  Tak banyak kong kali kong langsung.]

P/S ; Kepada Rafizi, IBM nak bagi habak, rakyat la ni bukannya bodoh lagi. Dulu boleh le korang kelentong, janji itu dan ini....tapi, kini tidak lagi. Hancuss korang pada PRU yang akan datang ni. Buka sombong, bukan cakap besar, tapi...ianya realiti. Sekian. ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

No comments:

Post a Comment