SYOKNYA sekejab. tapi, bahananya tanggung le sendiri. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Mungkin perogol bersiri ini selalu menonton 'video lucah' atau terlalu banyak makan pil peransang untuk kuatkan si anunya itu, menjurus beliau melakukan perbuatan yang terkutut ini. Bayangkanlah perasaan si mangsa yang dirogol oleh pemuda ini.
Mereka menggangap bahawa diri mereka sudah tak berguna lagi, rosak dan dipandang jijik oleh masyarakat sekeliling. Sungguh malang nasib mereka. Persoalannya, adakah sinar cahaya bagi mereka (mangsa rogol) untuk terus menjalan kehidupanan harian mereka seperti insan-insan yang lain?
Apa pun, tuhan itu maha adil, si perogol bersiri yang dikehendaki telah pun dihukum dan menjalani hukuman penjara 28 tahun. Mahkamah Sesyen Kota Bharu semalam menjatuhkan hukuman selama 20 tahun dan 10 sebatan atas kesalahan merogol seorng perempuan. Amran Che Jaafar, 30, sebak mendengar hukuman yang di jatuhkan oleh Hakim Azman Mustapa terhadap beliau.Berita lanjut KLIK DISINI.
Harap ini adalah sebagai satu pengajaran kepada mereka-mereka yang melakukan jenayah, kerana apabila di tangkap, ianya tidak mengenal siapa. Pesalah akan dikukum dan sekali gus akan memusnahkan kehidupan anda semua. Maka, fikir-fikirkanlah dan RENUNG-RENUNGKANLAH ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
No comments:
Post a Comment