Pages

Sunday, February 24, 2013

POK NICKY AJIS JUAL TANAH RAKYAT??..EHH..EHH...MACAM TAK PERCAYA JE..



[TUMPAT - Selepas berdepan tuntutan daripada peneroka yang terlibat dalam isu ladang rakyat di gua Musang baru-baru ini, kerajaan Pas Kelantan terus ditekan apabila lebih 100 penduduk dan peneroka di Pasir Pekan Hilir dekat sini berhimpun secara aman semalam. Mereka mengemukakan bantahan terhadap tindakan kerajaan Pas Kelantan yang didakwa memindah milik tanah seluas 400 hektar di tebing sungai Kelantan kepada tiga Syarikat swasta yang bukan milik bumiputra.

SEBAHAGIAN daripada lebih 100 orang penduduk mengadakan demonstasi aman berhubung dakwaan penjualan tanah seluas 400 hektar oleh kerajaan Pas Kelantan di kawasan Pasir Pekan Hilir, Tumpat semalam.

Dalam demonstrasi aman pada pukul 11 pagi itu, penduduk terbabit turut mendesak Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat supaya memberikan mereka geran tanah kerana mendakwa, mereka dijanjikan pemimpin itu sekitar tahun 1990-an berhubung perkara tersebut.

Seorang penduduk, Mohamad Ismail, 60, berkata, pendedahan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK) mengenai urusniaga tanah itu kelmarin menggemparkan penduduk yang mendakwa, tertipu dengan klausa tebus guna kepada mereka ketika mula-mula meneroka tanah di situ.

“Dahulu, selepas lama kami meneroka, kerajaan negeri memberitahu, tanah ini akan diambil untuk tebus guna, ada perancangan untuk membangunkannya tetapi setiap pemilik rumah akan diberikan geran.]

P/S : Patut le beria-ia benar nak pertahankan jawatan Menteri Besar, rupa-rupanya ada 'udang disebalik mee'. Kencang masukkkkk nya tu. Nampak je alim, tapi, tanah rakyat habis di kebas. Jadi, apa tunggu lagi, jom tukar kerajaan, undulah Barisan Nasional (BN) di PRU ke-13 nanti. Bukan apa, untuk kesejahteraan rakyat jugak. maka, RENUNG-RENUNGKANLAH ~ IBM
~ PAS IS DEAD ~

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

No comments:

Post a Comment