Pages

Saturday, March 9, 2013

EHHH...EHHH...BETUL KE PAKATAN NI??..HABIS NUAR KORANG NAK BUANG KAT MANA?..LONGKANG?


Ku Li Nafi Di Tawar Jadi PM

MEMANG kalau difikir-fikirkan betui-betui, tak masuk akal pun. Kecuali kalau Pakatan Rakyat  (PR) ni dah terlalu terdesak dan sudah hilang kepercayaan terhadap ketuanya, Anwar Ibrahim. Apa tidaknya, terlalu banyak skandal dan isu perbadi yang di dedahkan sejak kebelakangan ini, begitu juga moralnya, langsung tak ada kelas. Tapi, kan Anwar jadi pilihan dan taruhan mereka untuk menjadi Perdana Menteri (PM) sekiranya Pakatan memenangi PRU ke-13 nanti.

IBM hairan juga apabila mendapat perkhabaran nama Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dikaitkan untuk menjadi Perdana Menteri sedangkan, Tengku Razaleigh masih lagi menjadi ahli Umno. Kalau nak bohong tu biarlah bertempat. Kan apa, mustahil Tengku Razaleigh boleh menjadi Perdana Menteri, sedangkan Anwar adalah calon yang paling sesuai buat PakatanRakyat. Nanti Anwar nangis pulak. Hehehe....

Apapun, perkara itu di sangkal oleh yang punya badan, Tengku Razaleigh. Beliau menyifatkan perkara itu sebagai karut dan ianya sengaja ditimbulkan di saat-saat menjelang pilihan raya umum. Menurut Tengku mungkin ianya rekaan dari rakan dia yang nak buat lawak. Disamping itu, Tengku Razaleigh berkata, walaupun beliau pemimpin veteran Umno, namun masih mendapat sokongan rakyat, khususnya masyarakat orang asli.

Saya sejak Umno lagi berkerja kuat untuk kemenangan Umno hingga kaum orang Asli memberi sokongan sepanjang masa, katanya. Kita doakan agar Tengku Razaleigh dapat dikekalkan seterusnya bertanding di Parlimen Gua Musang dan mempertahankan kerusi yang dimenanginya pada PRU-12 yang lalu. IBM ucapkan selamat berjaya dan selamat berjuang kepada Tengku, dan kepada para pembaca yang dimuliakan di luar sana, janganlah percaya dengan cerita karut-marut ni. Sokong dan setia bersama Barisan Nasional (BN) anda selamat dan negara kita aman makmur. ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA.

No comments:

Post a Comment