LAHAD DATU - Pasukan keselamatan yakin ketua pengganas Sulu yang melancarkan serangan bersenjata di daerah ini, Azzumudie Kiram masih berada dalam kawasan kepungan bersama ahli kumpulannya. Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib (gambar) kiri berkata, Azzumudie tidak mungkin dapat melarikan diri dan meninggalkan kumpulannya bersendirian.
Kita berkeyakinan dia, Azzumudie (gambar) kanan, masih berada dalam lokasi Ops Daulat berdasarkan kawalan ketat pasukan keselamatan di kawasan operasi di Kampung (Kg.) Tanjung Batu, Kg. Sungai Nyamuk dan Kg. Sungai Bilis selain perairan negara," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar bersama Panglima 1 Divisyen, Infantri Tentera Darat, Mejar Jeneral Datuk Mohd. Zaki Mokhtar di markas operasi Felda Sahabat 16 dekat sini hari ini.
IBM Kata : Ingatkan dah mampus si Azzumudie ni. Tak apa. Lambat laun pihak tentera akan jumpa si lanun harm jadah ini, samada hidup atau mati. Mari kita berdoa agar pihak tentera yang bertugas di Lahad Datu di lindungi oleh Allah SWT dan dapat menghapuskan saki-baki lanun-lanun Sulu yang masih berada di Lahad Datu. SELAMAT BERJUANG KEPADA SEMUA PERWIRA-PEWIRA KTA.
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
No comments:
Post a Comment