SEMBANG-SEMBANG BOLA :
PASUKAN Johor Darul Takzim (JDT) gagal merampas kembali kedudukan pendahulu liga daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) apabila tewas 1-4 kepada Selangor dalam saingan Liga Super di Stadium Shah Alam, malam ini. Keputusan itu membuatkan mereka turun dua anak tangga - berada di kedudukan ketiga dengan mengutip 16 mata hasil 10 perlawanan setakat ini. Selangor pula nyata memanfaatkan peluang beraksi di halaman sendiri dengan meraih tiga mata sekali gus melonjakkan kedudukan kedua dengan 18 mata hasil 10 perlawanan setakat ini.
Pemain Selangor Francis Forkey Doe diasak oleh pemain Johor Darul Takzim FC, Kamarul Afiq Kamaruddin (kanan) semasa perlawanan Liga Super 2013 di Stadium Shah Alam sebentar tadi. Selangor memang besar menang besar ke atas JDT FC dengan jaringan 4 - 1
IBM kata : Mula-mula teringin jugak nak turun ke Stadium Shah Alam, tapi, tiba-tiba ada pulak hal. Apapun IBM nak ucapkan tahniah kepada pasukan gergasi merah yang melengkar kemenang besar menundukkan pasukan yang berbelanja besar dan mempunyai ramai pemain-pemain ternama. Bola itu bulat. Maka, segala keputusan adalah muktamat, tidak boleh diubah lagi. Majulah sukan bolasepak untuk negara ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
No comments:
Post a Comment