Pages

Wednesday, March 20, 2013

PENCEROBOHAN LAHAD DATU : BERANI BUAT BERANI TANGGUNG......

Lapan Militan Sulu Didakwa Isytihar Perang Terhadap Agong


BERANI buat, berani le tanggung. Dah jadi macam ini, ditangkap dan akhirnya didakwa di atas kesalahan menceroboh dan isytihar perang di negara orang. Begitulah nasib 8 lelaki pengganas dari Selatan Filipina ini. Mereka didakwa di Mahkamah Majistret yang bersidang khas di Ibu Pejabat Polis Daerah Lahat Datu hari ini di atas tuduhan keganasan dan melancarkan perang terhadap Yang di Pertuan Agong. Padan muka korang semua. Sekarang, siapa yang nak tolong?

IBM difahamkan, lapan lelaki yang dihadapakan ke Mahkamah hari ini berusia dalam lingkongan 17 tahun hingga 66 tahun. Masih muda dan ada yang dah nak mampus, tapi, masih sanggup mengadai nyawa. Walaupun korang tak mati didalam pentepuran, Mahkamah akan menghukum korang. Jika sabit kesalahan, samada akan di hukum penjara seumur hidup atau di hukum mati.  Semasa dimahkamah, tiada pengakuan direkodkan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Amelati Parnail, lebih kurang begitulah namanya sebagai Mejistret.

Kalaulah perkara ini di bawa ke meja rundingan, kerana sebelum ini kerajaan Malaysia telah cuba berunding dengan kumpulan pengganas berkenaan, namun terpaksa mengunakan kekerasaan apabila mereka enggan berundur. Maka, padahlah yang mereka dapat. Apabila rundingan gagal, maka tercetuslah pertempuran yang mana dipihak kita gugurlah 10 anggota, manakala di pihak pengganas sejumlah 62 pengganas telah dibunuh. Setakat ini IBM difahamkan sejumlah 107 individu telah ditahan di bawah SOSMA dan 243 ditahan di bawah Akta Imigresen dan Akta Pendaftaran Negara.

Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil iktibar dan ada rahmatnya disebalik berlakunya insiden berdarah di Lahad Datu ini. Dalam apa jua suasana dan keadaan, kita rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian harus bersatu, tidak kira apa kaum sekali pun. Cuma, yang IBM bimbangkan sifat dan kefahaman politik songsan yang diamalkan oleh Pemabangkang haram jadah ni.. Apa yang mereka pentingkan ialah hajat mereka utuk ke Putrajaya dan mengulingkan kerajaan yang sekarang, tercapai pada PRU ke-13 nanti. Tapi....tidak semudah itu. Kepada anggota kita yang terkorban di Lahad Datu, mari kita sedekahkan Al-Fatihah untuk mereka, moga roh mereka di cucuri rahmatnya dari Allah SWT. Amin!! Wasallam ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

No comments:

Post a Comment