Pages

Monday, March 11, 2013

PERGOLAKAN TERBARU DALAM PKR : SU POLITIK MAK LAMPIR BUAT LAPORAN POLIS

SU Politik Zuraida Buat Laporan Polis, Kenapa Ye?



KUALA LUMPUR  - Isu dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini memasuki satu lagi episod baharu apabila Setiausaha Politik Ahli Parlimen Ampang, Mohd. Fareez Kamal Intidzam membuat laporan polis dengan mendakwa diri serta keluarganya kini diancam bahaya. Mohd. Fareez berkata, ancaman itu dipercayai datang daripada kumpulan yang menyokong Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail selepas pendedahan tentang satu surat bertarikh 3 Mac lalu yang diutuskan kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Di dalam surat itu, beliau menyatakan hanya Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang layak memimpin parti dan bukannya Wan Azizah demi kecemerlangan pakatan pembangkang untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang.

"Saya percaya surat ini telah menimbulkan rasa kurang senang dan kemarahan kepada pihak tertentu terutamanya kepada penyokong parti dan Presiden sendiri. "Seperti yang saya nyatakan dalam surat itu juga, Puan Presiden sendiri iaitu Wan Azizah sangat cemburu dengan hubungan rapat antara saya dengan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya ketika ditemui di ibu pejabat Polis Dang Wangi di sini hari ini. Beliau ditemani oleh isteri dan anaknya. Mohd. Fareez berkata, surat yang diutuskan kepada Abdul Hadi itu diberi salinan kepada Pengerusi DAP, Karpal Singh dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Sementara itu beliau berkata, kemuncak ancaman bahaya yang diterimanya berlaku sejak 48 jam lalu apabila sekumpulan orang telah bertindak memburunya sehingga ke bilik hotel.

"Perkara ini berlaku sebaik sahaja surat yang saya utuskan kepada Abdul Hadi itu didedahkan. "Saya percaya mereka yang memburu saya ini merupakan penyokong atau mungkin juga orang suruhan Presiden. Jadi isunya hari ini saya mahu menuntut jaminan keselamatan buat diri saya dan keluarga," katanya. Ditanya sejauh mana benarnya dakwaan ancaman bahaya sedang menimpanya sekeluarga, beliau berkata, pihak media sendiri melihat bagaimana pihaknya terpaksa ke balai polis hari ini untuk meminta pertolongan. "Berhubung isu sejauh mana tahap bahaya yang menanti saya telah dijelaskan kepada polis. Alhamdulillah polis telah menerima laporan saya," katanya lagi. Dalam pada itu, beliau turut mengaku tidak tinggal di rumahnya ketika ini.

Ditanya pula bagaimana beliau syak yang melakukan perbuatan itu adalah orang suruhan Presiden PKR sedangkan tidak pernah menerima sebarang ugutan dalam bentuk khidmat pesanan ringkas (SMS) dan sebagainya, Mohd. Fareez berkata: "Saya telah berada di dalam parti dan saya tahu bagaimana mereka mahu serang hendap seseorang. Saya kenal bagaimana kerja mereka." Menjawab satu soalan, Mohd. Fareez berkata, beliau telah memberikan segala maklumat yang diklasifikasikan sebagai sulit kepada pihak polis berhubung kesnya itu. "Itu juga saya telah maklumkan kepada polis bagaimana hampir (hendak kena) juga. Kemuncaknya semalam apabila saya telah diserbu di hotel penginapan," katanya ketika menjawab sama ada beliau telah dikasari atau tidak oleh kumpulan terbabit.

Mohd. Fareez berkata, beliau masih ahli PKR sejak 2008 dan sehingga hari ini belum menerima apa-apa notis pemecatan daripada parti atau unit tindakan disiplin parti. Sama ada Ahli Parlimen Ampang, Zuraida@Mak Lampir Kamaruddin (gambar) mengetahuinya membuat laporan polis hari ini beliau berkata: "Ini adalah tanggungjawab saya kepada keluarga. Jadi saya rasa tidak perlu untuk beritahu dia atau macam mana." Selain sebagai Setiausaha Politik Ahli Parlimen Ampang, Mohd. Fareez juga merupakan Pegawai Diplomasi Antarabangsa PKR. Ditanya selama mana beliau mengenali Anwar dan adakah Ketua Pembangkang itu tahu tentang isu yang dibangkitkan itu, Mohd. Fareez berkata:
"Awak tanyalah Anwar."

IBM Kata : Sejak kebelakangan ni memang PKR/Pembangkang telah banyak menimbulkan masalah kepada kestabilan negara dan juga politik. Mereka menekan kerajaan di setiap sudut. Tapi, Allah SWT adil. Kini, bunga-bunga keretakan dan mushibah telah ketara menimpa kepada PKR/Pakatan Rakyat. Tak lama lagi hancur le tu. Dan, IBM dapat merasakan kerakusan dan kefahaman politik kotor dan songsang mereka akan berakhir dan nokhtahnya akan terhenti seepas PRU ke-13 nanti. Tak percaya?....sama-sama kita tunggu nanti.


TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

No comments:

Post a Comment