WOW!! GELOMBANG BIRU YANG MEMBUAT PEMBANGKANG KECUT PERUT!!
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan masyarakat Wilayah Persekutuan agar tidak tertipu dengan janji yang ditabur parti pembangkang melalui manifesto yang diumumkan baru-baru ini. Katanya, janji dibuat pembangkang semasa pilihan raya umum 2008 juga masih banyak yang tidak tertunai seperti pemberian bantuan ibu tunggal dan air percuma.
"Rakyat jangan tertipu dengan janji yang dibawa Pakatan Rakyat. Walaupun apa yang disebut itu menarik, tetapi apa yang dijanjikan pada pilihan raya umum 2008 pun tidak tertunai sehingga ada rakyat di Selangor bawa kes ke mahkamah. "Bagi rakyat Malaysia yang sudah tahu kepentingan keamanan, keselamatan dan perpaduan, bukti telah ditunjukkan Barisan Nasional (BN). Hanya BN yang mampu teruskan perjuangan bantu rakyat menjadi negara maju pada tahun 2020," katanya.
Beliau berkata demekian ketika berucap pada himpunan Rakyat 1 Malaysia dan pelancaran Gelombang Biru Wilayah Perseketuan di depan kira-kira 50,000 anggota parti komponen Barisan Nasional (BN) di Bandar Tun Razak semalam (Ahad). Tan Sri Muhyiddin berkata, sebab lain janji pembangkang perlu ditolak adalah seorang pemimpin kanan mereka juga pernah membuat kenyataan bahawa manifesto pilihan raya bukanlah suatu perjaanjian yang perlu ditunaikan.
Beliau turut mendapat maklum balas bahawa isi kandungan manifesto pembangkang tidak dipersetujui golongan profesional termasuk ahli perbankan. "Mereka kata jika inilah manifesto pembangkang, lebih baik sokong BN," katanya. Sementara itu, beliau menyeru jentera BN di Wilayah Persekutuan agar mempertingkat usaha untuk merampas semula kawasan di Parlimen itu yang 'terlepas' ke tangan pembangkang pada 2008.
IBM Kata : Biasa le tu. Berjanji tu kan dah jadi darah daging pembangkang. sampai kiamat pun mereka akan terus berjanji. Maka, bodohlah rakyat kalau percaya dengan janji-janji kosong pembangkang tu. Oleh itu, bukalah mata, bukalah minda supaya anda semua tidak di tipu lagi. Wasallam.
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
No comments:
Post a Comment