Pages

Tuesday, March 5, 2013

SERANGAN TELAH DILANCARKAN PAGI INI KE ATAS PENCEROBOH








INILAH BARISAN KITA YANG IKHLAS BERJUANG SIAP SEDIA BERKORBAN UNTUK IBU PERTIWI...

 

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, dalam satu kenyataan media mengesahkan pasukan keselamatan telah melancarkan serangan ke atas penceroboh kumpulan bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada jam 7.00 pagi ini. Katanya, kerajaan mesti mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menjaga maruah dan kedaulatan negara sebagaimana yang dituntut oleh rakyat.

Memandangkan usaha kerajaan menggelakkan pertumpahan darah di Lahad Datu tidak berjaya, maka serangan harus dilancarkan. Datuk Seri Najib berkata, kerajaan telah mengambil pendekatan untuk menyelesikan konflik ini tanpa pertumpahan darah, tapi, sebaliknya. Semakin lama pencerobohan ini berlanjutan, jelas kepada pihak berluasa bahawa penceroboh tidak berniat untuk keluar dari Tanah Sabah, " katanya.

Sebelum ini, kerajaan telah memberi pilihan untuk kumpulan penceroboh itu menyerah diri, tetapi sehingga ini mereka terus berdegil. Sebagai sebuah negara Islam yang cintakan keamanan dan mengangkatkan perjuangan penyelesaian konflik secara perundingan, usaha kita menggelakan pertumpahan darah di Lahad Datu tidak berjaya. Sebaliknya, anggota pasukan keselamatan kita diserang dan dibunuh, rakyat Malaysia khusunya di Sabah bimbangkan keselamatan mereka.


Jesteru, tindakan ini diambil bagi menjaga maruah dan kedaulatan negara. Marilah kita sama-sama berdoa agar pasukan kita berjaya mengusir penceroboh yang tidak di undang ini dari negara kita. Apapun kita tunggu perkembangan selanjutnya.  Dari saya ~ IBM

~ HUTANG DARAH DIBAYAR DENGAN DARAH. JANGAN BIARKAN PENCEROBOH MELARIKAN DIRI ~

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA 

No comments:

Post a Comment