SELAMAT PENGANTIN BARU ABBY!!
DALAM diam-diam ada juga orang yang memerhatikan dan suka kata si Abby ni. Akhirnya setelah lima tahun menjanda, dah naik sasau dan meroyan tak habis-habis seperti orang gila talak, bekas anggota kumpulan Elite iaitu Abby Abadi akhirnya bertemu jodoh dengan Muhammad Noor Farhan Che Bakar yang 12 tahun lebih muda daripadanya. Mereka bernikah pada 9 Julai lalu iaitu sehari sebelum menjelangnya Ramadan.
Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 36, berkata, dia menyifatkan perkahwinannya dengan Farhan, 24, yang menjalankan perniagaan sendiri, adalah jodoh yang tidak disangka selepas hanya dua minggu berkenalan. Pertemuan bermula di sebuah pasar raya di mana kami tiba-tiba sahaja bertentang mata. Menurut kata Abby, selepas dua minggu berkenalan, dia melamar saya dan kami mengambil keputusan untuk berkahwin. Bagus le tu. dah jodoh. Tahniah untuk Abby dari IBM.
Tapi, setelah dapat kembali title sebagai isteri tu, kenalah ubah perangai buruk ko tu Abby. Jangan suka meroyan dan buat hal-hal yang bukan-bukan. Apatah lagi di bulan yang penuh dengan Rahmat dan berkat , iaitu bulan Ramadan ini. Dalam twitter ko tu, kalau nak twit, elok-elok dan berhemahlah sikit. Dulu kita orang faham. Kau tertekan dan kini dah dapat apa yang kau mahukan. Jagalah budak muda itu baik-baik. Kami di sini sentiasa mendoakan agar rumah tangga korang kekal lama sehingga ke anak cucu. Selamat pengantin baru Abby!! ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
No comments:
Post a Comment