Pages

Friday, July 26, 2013

APA NI? SAT KATA TAK BOLEH DAN SAT KATA BOLEH..APA SUDAH JADI?...JAWI OH JAWI!!

JUMAAT, 26 JULAI
Empat Finalis Miss Malaysia World Beragama Islam Mungkin Dibenarkan Bertanding

MULA beria-ia dan begitu serius Jabatan Agama Islam Wilayah Perseketuan (Jawi) ni membuat kenyataan di akhbar dan TV yang melarang penyertaan peserta (wanita) dari kalangan orang Islam. Kini lain pulak ceritanya. Kenyataan Jawi pada hari ini benar-benar membuat umat Islam di negara ini serba salah dan konfius. IBM tak tahu apa yang menyebabkan Jawi menukar kenyataan yang mengatakan penyertaan perserta yang beragama Islam mungkin dibenarkan. Apa maksud Jawi tentang 'mungkin'?
Nasib empat finalis beragama Islam yang digugurkan daripada menyertai pertandingan ratu cantik Miss Malaysia World nampak cerah dan berkemungkin akan dibenarkan bertanding berikutan kajian semula yang dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi). Pengarah Jawi Datuk Che Mat Che Ali (gambar bawah kanan) mengesahkan beliau telah mengadakan pertemuan rasmi dengan penganjur pertandingan ratu cantik Miss Malaysia World 2013, Datuk Anna Lim, pada Khamis bagi membincangkan kemungkinan wanita beragama Islam bertanding dalam pertandingan ratu cantik.
Bagaimanapun, menurut Datuk Che Mat, beliau belum membuat keputusan lagi. Tetapi beliau akan mengumumkan keputusan kepada umum minggu depan, kata Che Mat kepada pemberita. Keempat-empat wanita Muslim mungkin mempunyai peluang untuk dipanggil semula dan mengambil bahagian dalam Miss Malaysia World 2013, itu mengikut kata ketua penganjur Datuk Anna Lim yang berkomunikasi dalam satu mesej teks. Tetapi beliau berkata sebelum apa-apa keputusan dibuat, beliau perlu menunggu pengumuman Che Mat berhubung keputusannya. Mesyuarat itu berhasil dan pengumuman mungkin boleh dibuat pada awal minggu depan, katanya.
Datuk Anna Lim menjangkakan pengumuman akan dibuat sama ada hari Isnin atau Selasa akan datang. Pertandingan peringkat akhir Miss World tahun ini akan diadakan di negara jiran, Indonesia. Beliau berkata peserta beragama Islam di Indonesia dibenarkan untuk bertanding dalam pertandingan ratu cantik. Beliau berkata peserta Islam tidak perlu memakai bikini sebaliknya mereka akan memakai kain. Apapun dalam hal ini, IBM tak nak buat banyak komen, cuma tujuan IBM mempaparkan isu ini kerana ingin mendapatkan penjelasan dari pihak Jawat agar umat Islam di negara ini tidak konfius.
Persoalannya, yang mana satu benar boleh ataun tidak boleh? Kerana apa IBM lontarkan soalan tersebut?..kerana ianya melibatkan maruah agama Islam itu sendiri. Harap pihak yang berkenaan (Jawi) dapat memberi penjelasan yang konkrit dan jelas. Jangan seperti 'melontar batu sembunyi tangan'. Fikir-fikirkan dan renung-renungkan. Ikhlas dari saya ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

4 comments:

  1. Replies
    1. Salam ipohmarley,

      Memang betul. Kalau beginilah careanya, mcm mana bangsa2 lain nak hormat pada agama Islam. Patutlah penghinaan demi penghinaan yg diterima oleh orang2 Islam. Kerana apa?..kerana Islam di Malaysia ini tidak konsisten bila membuat sesuatu tafsiran dan takut pada bayang2 sendiri....kalau tak melayu islam tak bangkit, akan hancuslah orang2 Islam di Malaysia ini.

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Apa la... punya teruk. Takut pada org kafir sungguh... Jika keputusan JAWI Dato' Haji Che Mat Bin Che Ali (pengarah@jawi.gov.my) membenarkan 4 finalis memasuki Miss Malaysia World 2013 bertanding, ini secara langsung Pengarah JAWI tidak takut pada Allah SWT tapi pada Penganjur Cinasia Anna Lim...letak jawatan saja lebih baik... berikan saja jawatan tu kepada hamba Allah yang lebih tegas, berani kerana benar, jalankan tanggungjawab kerana Allah..

    ReplyDelete