Pages

Thursday, July 18, 2013

MAHALNYA AIR KELAPA...MENCEKIK DARAH BETUI!!

KHAMIS, 18 JULAI

KALAU ia pun nak buat duit pada bulan Ramadan yang mulia ini, janganlah sampai naikkan harga yang tak munasabah. Inikan bulan yang mulia, bulan untuk kita umat Islam mencari sebeberapa banyak pahala yang boleh. Tapi, lain pulak si peniaga ni. Naikkan harga gila-gila. Kalau ia pun berpatutanlah. Lagi satu yang IBM terkejut tu, ianya berlaku di negeri yang terkecil di negara kita ini, Perlis. Apa sudah jadi?
Terdapat seorang peniaga di bandar ini dikesan mengambil kesempatan mengaut keuntungan berganda dengan menjual air kelapa muda dengan harga RM4.50 sebungkus pada bulan Ramadan ini.. Peniaga terbabit didapati tidak meletakkan tanda harga pada barangan jualannya itu menyebabkan ramai pelanggan terpaksa membayar air kelapa tersebut dengan harga yang mahal berbanding kebiasaannya yang dijual RM2 hingga RM3 sebungkus. Bijak..memang bijak si peniaga ni. 
Sementara itu, mengikutkata Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Perlis, Khairul Amin Talib, tindakan peniaga air kelapa yang tidak meletakkan tanda harga boleh mengundang pelbagai masalah dan niat untuk memperdayakan orang ramai. Ada pembeli yang suka memesan dahulu. Apabila hendak membayar, dia terkejut apabila dikenakan bayaran RM9 untuk dua bungkus air kelapa muda. Isss..isss...naya betui!
Mengikut kata sumber dari beberapa orang peniaga di situ, sekiranya peniaga itu meletakkan tanda harga, belum tentu pelanggan akan membeli air kelapa itu kerana sudah mengetahui harganya yang mahal. Ya tak ya jugak. Betul le tu. Tapi, persolaannya kenapa di bulan Ramadan ini sahaja yang korang nak naikkan harga minuman air kelapa tersebut dan yang lain-lain juga? Itu penipu namanya. Tak berkat duit yang korang dapat tu. Enjoylah di dunia dengan duit tipu tu, tapi, diakhirat nanti, korang jawablah. Kemana korang nak lari? SELAMAT BERBUKA PUASA SEMUA. Wasallam ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

No comments:

Post a Comment