Pages

Wednesday, July 24, 2013

PESERTA HIMPUNAN BLACK 505 DI DAKWA. MASAK LE KORANG!!

RABU, 24 JULAI 2013
KERAJAAN HARUS TEGAS DAN KENAKAN HUKUMAN BERAT KEPADA PENDEMO
MASAK le korang kali ini. Berani buat berani tanggung.  Apa kepuasan dan apa yang korang dapat apabila berdemo di jalanan dan apa keputusan yang korang dapat selepas berdmo tu? Apa yang IBm di fahamkan, duit dah tentu korang dapat. Tapi, berapa banyak? Korang tahu tak perbuatan korang tu menyusahkan rakyat. IBM tahu, semua orang tahu, demo demi demo yang korang adakan itu semata-mata untuk kepentingan seorang 'individu' yang terlalu mengidam nak jadi Perdana Menteri. Korang semua tahukan siapa orangnya? Dan....juga protes akan tidak ketelusan SPR mengendalikan PRU ke-13 yang lepas. Itu hanya alasan korang je. 
Berita yang baru IBM dapat, beberapa pemimpin Pakatan Rakyat (PR) Rafizi Ramli (gambar)kanan Anthony Loke dan aktivis mahasiswa, Adam Adli Abdul Halim (gambar bawah kiri) antara tujuh individu yang didakwa mengikut Akta Perhimpunan Aman berikutan Perhimpunan Black 505 di Padang Merbok bulan lalu. Rafizi, Loke dan  Mohamad Adib Ishar dituduh gagal mematuhi syarat yang ditetapkan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad untuk memperoleh kebenaran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk berhimpun di Padang Merbok.
Sebagai pertuduhan pilihan, mereka didakwa gagal memberi notis 10 hari kepada polis sebelum menganjurkan perhimpunan. Loke, seorang Ahli Parlimen Seremban dan Ahli Parlimen Pandan (Rafizi) dan ahli Sekretariat Pakatan Rakyat (Adib) kemudian meminta dibicarakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. Rafizi menyifatkan tuduhan berkenaan bersifat politik berikutan beliau dan Anthony boleh didenda maksimum RM10,000 jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 15 (3) Akta Perhimpunan Aman itu.
Ia berikutan mereka boleh hilang kelayakan sebagai ahli parlimen jika dikenakan denda melebihi RM2,000. Adam dan tiga aktivis, Ehsan Bukharee Badarul Hisham, Safwan Anang dan Bukhairi Sufian pula dituduh berhimpun di Masjid Ar Rahman di Universiti Malaya antara jam 12.30 tengah hari hingga 1.15 petang pada 22 Jun lalu. Mereka antara individu terawal didakwa kerana menyertai Perhimpunan Black 505 yang didakwa bertujuan membantah penipuan pilihan raya umum ke-13.

Bagi IBM, dakwaan terhadap pemimpin-pemimpin pembangkang ni terlalu minima dan dendanya pun terlalu rendah yang mana tidak menjadi masalah mereka membayar denda tersebut jika disabitkan kesalahan. Cubalah kerajaan tukarkan Akta Kesalahan Perhimpunan Haram dengan dengan yang lebih berat. Tak boleh ke? Kalau ini tidak dilakukan, mereka (pembangkang) akan terus berdemo dan memperlekehkan undang-undang di negara kita ini. Fikir-fikirkan dan renung-renungkan ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

2 comments:

  1. Saman perlu dibayar, jika tidak diisytiharkan saja mereka bangkrap oleh Bank Negara dan CITOS. Harta mereka boleh dirampas dan disita. Kasi ajar dengan fuckatan.

    Itu baru cara yang betul kalau nak ajar pengkhianat dalam negara ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Megat Alam Gempita,

      Apa yang perlu, kerajaan mesti tegas di dlm hal seperti ini...dan hukumanya hendak berat. Biar mereka sedar dan takut sikit...kalau tidak, mereka akan bermarajalela....

      Delete