Pages

Sunday, July 21, 2013

SIAPA PILIHAN WANITA, SHAHRIZAT ATAU AZLINA??

AHAD, 21 JULAI 2013
BELUM pun bermula pemilihan Ketua Wanita Umno peringkat nasional bagi tahun 2013, sudah terdengar desas-desus bahawa ketuanya, Datuk Seri Shahrizat akan ditentang dan tidak akan diberi lalu mudah atau menang percuma. Semalam, semasa IBM dan beberapa orang rakan-rakan sedang minum di Damansara Utama selepas sembahyang terawih, kelihatan beberapa orang wanita yang IBM kenal yang juga berpengaruh di Selangor melangkah masuk ke dalam Restoran yang sama. Oleh kerana dah terserempak, maka IBM terpaksa sapa mereka. Sempat juga IBM mencelah dan bertanyakan motif mereka berkumpul pada malam itu. Kata mereka masalah wanita peringkat nasional. Nak bincang sikit. Faham-fahamlah ye........

Maka, sahlah pemilihan Ketua Wanita Umno yang akan berlangsung Oktober ini bakal menyaksikan pertembungan yang sengit antara penyokong calon yang bertanding. Itulah kata Ketua Wanita UMNO Bahagian Shah Alam Radziah Ahmad (gambar). Menurutnya yang mengakui menjadi lumrah dalam setiap pemilihan yang dilakukan akan mewujudkan puak-puak tidak sihat sekaligus berpotensi menggugat perpaduan parti. Beliau turut menyentuh pengalaman ketika pemilihan parti sebelum ini yang menyaksikan perebutan jawatan tersebut antara Datuk Seri Shahrizat dengan Tan Sri Rafidah Aziz yang mencetuskan sedikit ketegangan.


Seperti biasa bila adanya pertandingan mesti ada perpecahan, sedikit sebanyak mesti goyang, itu berlaku di setiap pertandingan, mana ada pertandingan yang tidak akan berpecah. Kalau kata dia bukan bekas Puteri pun akan ada pepecahan, seperti sebelum ini pertandingan di antara Rafidah dengan Shahrizat juga berpecah. Ketua Wanita UMNO, Datuk Shahrizat Jalil semalam mengesahkan bakal mempertahan jawatan tersebut selepas menewaskan Rafidah Aziz pada 2009. Manakala Bekas Ketua Puteri UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said juga sudah menyatakan minat untuk mencabar Shahrizat.

Bagaimanapun, Shahrizat mengingatkan calon yang berminat bertanding merebut kedudukannya sebagai Ketua Wanita Umno kini supaya bertanding secara sihat tanpa membawa elemen perpecahan dalam parti itu. Menyedari perkara seumpama itu bakal berlaku, Radziah tetap berharap para perwakilan meneruskan tanggungjawab bersama-sama pemimpin yang dipilih sebagai Ketua Wanita Umno kelak. Masa pemilihan kita boleh memilih, tetapi selepas itu kita kerja atas parti takut ada sikap-sikap di mana bila menyokong calon kemudiannya kalah, dia tidur (tidak buat kerja). Tidak boleh begitu, tambahnya.

Radziah dalam pada itu berseloroh bahawa Shahrizat masih relevan untuk kekal menjadi ketua berdasarkan prestasinya memimpin Wanita Umno. Tapi pada pandangan beliau Datuk Shahrizat masih relevan lagi untuk kekal sebagai ketua Wanita Umno, katanya lagi. Apapun kita harap pemilhan Ketua Wanita pada kali ini biarlah berjalan dengan bersih, kalau ada perpecahaan pun, selepas siapa yang menang tu, kembalilah bercantum dengan yang kalah. Insyallah, wanita akan lebih kuat dan digeruni oleh parti lawan. Adat pertandingan mesti ada yang menang dan kalah. Betul tak? Ikhlas dari saya ~ IBM.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

1 comment:

  1. Assalamualaikum,

    Ada produk atau barangan untuk dijual?

    Ada perniagaan atau perkhidmatan untuk dihebahkan?

    Ingin membeli atau melihat pelbagai jenis produk dan barangan

    Layarilah www.produkmuslim.info

    Daftar segera ia percuma

    Terima kasih

    ReplyDelete