TIGA ATLET SUKMA DITAHAN KERANA MEROGOL
APA sudah jadi dengan atlit muda sekarang ni? Tak ada pasal cari pasal. Ada pontesi menjadi atlit terkemuka dan boleh mewakili negara di sukan antara bangsa satu hari nanti, tiba-tiba lain pulak jadinya. Terkejut, IBM memang terkejut apabila mendapat berita tiga atlet bola baling, berumur antara 18 dan 19, telah ditahan berhubung kes rogol rakan sepasukan daripada skuad wanita. Ketiga-tiga remaja itu ditahan sehari selepas mangsa membuat laporan polis pada Rabu. Timbalan Ketua Polis Daerah Serdang, Supt Lam Chin Fei mengesahkan dan berkata, ketiga-tiga remaja lelaki itu ditahan reman sehingga 11 Julai ini bagi membantu siasatan.
Pihak Polis mengklasifikasikannya mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. Jestru, mereka bertiga boleh berhadapan dengan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika disabitkan kesalahan. Gadis itu yang berumur 19 tahun, yang mengambil bahagian dalam Sukan Malaysia (Sukma), mendakwa dia dirogol di perkampungan sukan di Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 3 Julai.
Gadis itu mendakwa telah keluar minum dengan beberapa rakan sepasukan pada malam dia didakwa dirogol. Perkara seterusnya yang disedarinya apabila dia berbogel dan ditindih oleh seorang lelaki pada kira-kira pukul 4 pagi. Dia mendakwa dirinya berada dalam keadaan separuh sedar apabila ketiga-tiga remaja itu merogolnya secara bergilir. DSP Lam menggesa sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kes itu supaya menghubungi hotline polis di 03-2052 9999 atau berkunjung ke balai polis berhampiran.
Apa punya barang le korang ni. Dah gian sangat ke korang ni? Sampai rakan sepejuangan pun korang nak godam. Nafsu binatang le agaknya korang ni. Korang tak fikir ke kesalahan yang korang lakukan juga merosakkan masa depan gadis tersebut. Sepatutnya, dalam satu kem, korang kena jaga dsiplin dan maruah pasukan atau negeri yang korang wakili. Kini semuanya dah tercemar. Nak tahu pasukan negeri mana yang di sertai oleh ketiga-tiga atlet tersebut?...hehehehe..korang carilah sendiri jawapannya atau korang dah tahu dan dapat jawapannya.
Apapun, jangan dik kerana insiden yang memalukan ini membuat atlet-atlet yang lain merasa malu dan bersalah dan prestasi sukan di negara ini menurun. Hanya segelintir sahaja yang berperangai begitu. Itu pun tak tahu apa sebab hingga menjurus mereka melakukan perbuatan yang tak bermoral itu. Jangan kerana seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terbalik. Yang terbalik tu tiga ekor atlet tu sahaja. Fikir-fikirkan dan RENUNG-RENUNGKAN ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
No comments:
Post a Comment