IBM setuju dengan apa yang dikatakan oleh Ketua Wanita Umno Baling, Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim bahawa pertandingan merebut dua jawatan tertinggi parti itu tidak akan membawa perpecahan seperti yang pernah berlaku pada tahun 1987 lalu. Malah ianya akan menguatkan lagi Parti. Menurutnya, ahli-ahli Umno tahu apa yang terbaik untuk parti dan suasana hari ini amat berbeza dengan keadaan 26 tahun lalu. Hari ini, gandingan Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah yang paling mantap dan terbaik. Mereka bergerak seiring dan sejalan.
Ini yang membuat pembangkang gerun kerana gandingan ini dilihat begitu mantap untuk terus memimpin negara begitu juga dalam parti UMNO.
Jadi, beliau menggesa semua ahli Umno supaya menunjukkan kesetian tidak berbelah bahagi kepada parti. Semua ahli sedar akan pentingnya perpaduan dalam parti, katanya semalam. Dr Mashitah turut mengalu-alukan kenyataan Setiausaha Agung, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bahawa semau jawatan dalam parti boleh dipertandingkan, dan ia menjelaskan kekeliruan yang muncul di kalangan akr umbi. Ini juga bermakna Umno adalah sebuah parti yang mengamaklan 'demokrasi' sekali gus menyangkal kepada kenyataan pembangkang bahawa Umno tidak demokratik. Kepala hanguk depa!
Nampaknya, hasrat bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh untuk bertanding jawatan Presiden parti kali ini cerah dan di khabarkan Ku Li telah pun memulakan langkahnya dan sedang sibuk berkempen dan berjumpa beberapa Ahli Majlis Tertinggi Umno dan ketua-ketua Bahagian untuk mendapat sokongan. Apapun, kempenlah Ku Li. Bertandinglah. Tapi, jangan apabila kalah pusing cerita lain pulak. Jangan kata Umno tidak demokratik dan amalan rasuah berlaku. Bagi IBM, inilah masanya untuk UMNO membuat perubahan kerana jika kita tidak berubah sekarang, kita akan diubah. Fikir-fikirkan dan RENUNG-RENUNGKAN ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
No comments:
Post a Comment